Kor-SISPA V bersama komuniti


Satu Sesi perkongsian ilmu pelajar kokurikulum SISPA V UniSZA tentang pertolongan cemas bersama para pelajar tingkatan 6 di Sek. Men. Kebangsaan Syed Sirajuddin, Perlis pada 2 Disember 2022 telah berlangsung dengan jayanya. Siri perkongsian ini berlangsung dalam bentuk 'Amazing race' dimana setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan berkenaan pertolongan cemas pada setiap check point yang telah disediakan. Sesi perkongsian pertolongan cemas adalah seperti tatacara pengendalian mangsa yang memerlukan CPR, balutan patah dan kecederaan anggota badan serta mangsa yang terlekat (chocking) sama ada dewasa atau bayi.
 

Seramai 28 orang pelajar SISPA V terlibat dalam sesi perkongsian pada kali ini. Pengetua sekolah, Cikgu Wan Zaini Wan Daud berharap program perkongsian ilmu antara pelajar UA dan pelajar sekolah seperti ini wajar diteruskan pada masa-masa akan datang. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya nanti.

 
 
5 Disember 2022 
 
22 sispaxcommunity 1 22 sprm 3  
     
22 sprm 2  22 sprm 4  
     
22 sispaxcommunity 5