Temuduga bagi Calon Perwakilan Pelajar Beruniform (PPBU) Sesi 2023/2024


Satu sesi temuduga bagi calon-calon bagi menganggotai Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) telah berlangsung pada Selasa, 31 Januari 2023. Temuduga ini dijalankan bagi memilih jawatankuasa baharu PPBU bagi sesi 2023/2024 setelah tempoh jawatankuasa sesi 2022/2023 telah berakhir baru-baru ini.
Sesi temuduga pada kali ini telah melibatkan seramai 59 orang pelajar daripada lapan pasukan kor beruniform di UniSZA. Temuduga bagi saringan pertama telah berlangsung di Bilik Aktiviti PPHP, Blok A aras 2. Seramai tiga pegawai PPHP terlibat sebagai panel pada saringan kali pertama ini iaitu Dr. Mohd Firdaus Yahaya (Timbalan Pengarah Akademik), En. Hasbullah Ismail (Timbalan Pengarah Kemahiran Insaniah) dan En. Azizzi Mohd Jusoh (Penolong Pendaftar Kanan) dengan dibantu oleh jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada anggota-anggota PPBU sesi yang lepas. Sesi ini bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6 petang.
 
 
2 Februari 2023 
 
22 sispaxcommunity 1 22 sprm 3  
     
22 sprm 2  22 sprm 4  
     
temuduga5 temuduga6  
     
temuduga7