Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kursus Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri VI Kor-Kesatria


Merang: Kor Kesatria UniSZA telah mengadakan kursus Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri VI kepada pelajar kokurikulum Kesatria batch yang ke-10 bermula pada 19 Februari hingga 25 Februari 2023. Penganjuran LIBK selama 7 hari ini telah melibatkan seramai tiga orang jurulatih yang diketuai oleh En. Zul Kamal bin Othman dan dibantu oleh enam orang pembantu jurulatih serta 104 orang anggota Kesatria UniSZA. Dalam latihan pada kali ini, pelajar kor kesatria perlu lulus dalam kesemua latihan yang telah dijalankan. Antara latihan yang telah diadakan pada LIBK pada kali ini adalah seperti berikut: latihan hutan, peta kompas dan protaktor, water confident, ujian kawad (kawad kaki, kawad senjata dan kawad tongkat), ujian tempur tanpa senjata, ujian bertulis, makan beradab, kursus pergurusan organisasi dan tujuh kemahiran insaniah.

Selain itu, program yang bersifat kemasyarakatan juga turut diadakan yang melibatkan komuniti sekitar kampung Merang, Terengganu. LIBK siri ke-6 melabuhkan tirainya pada 25 Februari 2023 dan telah dirasmikan oleh Pengarah PPHP, Lt. Dr. Akila bin Mamat yang turut dihadiri oleh Pegawai Kehormat Kesatria UniSZA iaitu Mejar (K) En. Mohamad bin Hussin dan Kapten (K) En. Muhammad Hafiz bin Abdullah.

#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA

 
 23 LIBK Kesatria 2   23 LIBK Kesatria 3
     
 23 LIBK Kesatria 4    23 LIBK Kesatria 5
     
 23 LIBK Kesatria 7    23 LIBK Kesatria 10
     
 23 LIBK Kesatria 11    23 LIBK Kesatria 12
     
 23 LIBK Kesatria 14    23 LIBK Kesatria 16
     
 23 LIBK Kesatria 18    23 LIBK Kesatria 21
     
 23 LIBK Kesatria 22    23 LIBK Kesatria 24
     
23 LIBK Kesatria 25   23 LIBK Kesatria 26
     
23 LIBK Kesatria 6   23 LIBK Kesatria 9
     
23 LIBK Kesatria 19    23 LIBK Kesatria 20
     
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami