Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Bengkel Training of Trainers (TOT) Fasilitator Siri 1, 2023.


Besut: Bengkel Training of Trainers (TOT) Fasilitator siri 1 bagi tahun 2023 anjuran Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dengan kerjasama Majlis Kokurikulum Universiti Awam (UniCC) telah diadakan pada 2-4 Mac 2023. Bengkel pada kali ini turut dikendalikan oleh wakil daripada UniCC merangkap Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Malaysia Kelantan (UMK) iaitu Dr. Syarizal Abdul Rahim, Nuryuhanis Mat Yusoff (Pegawai Belia dan Sukan UMK) dan Syahmi Alsadiqin Mohamed Bakri (Penolong Pendaftar UMK) serta dibantu oleh beberapa orang pelajar kokurikulum daripada UMK. 

Bengkel selama tiga hari dan dua malam ini telah berjaya diadakan di Tanjung Demong Beach Resort, Besut dan telah disertai oleh seramai 60 orang fasilitator yang bakal mendidik pelajar UniSZA pada semester 2, sesi akademik 2022/2023. Pelbagai latar belakang fasiitator pada semester ini antaranya adalah pensyarah UniSZA, kakitangan UniSZA, pensyarah kolej, ahli sukan, anggota agensi APNM, SPRM, Bomba dan Penyelamat, askar Wataniah dan pelajar-pelajar siswazah. Bengkel pada kali ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim antara fasilitator dan kakitangan PPHP pada masa akan datang. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs. Lt. Dr. Akila Mamat selaku Pengarah PPHP.

#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA

 
 23 bengkel tot siri 1 1   23 bengkel tot siri 1 2 
     
 23 bengkel tot siri 1 3    23 bengkel tot siri 1 4
     
 23 bengkel tot siri 1 5    23 bengkel tot siri 1 6
     
 23 bengkel tot siri 1 8    23 bengkel tot siri 1 9
     
 23 bengkel tot siri 1 10    23 bengkel tot siri 1 11
     
 23 bengkel tot siri 1 12    23 bengkel tot siri 1 13
     
 23 bengkel tot siri 1 14    23 bengkel tot siri 1 19
     
 23 bengkel tot siri 1 16   23 bengkel tot siri 1 17 
     
 23 bengkel tot siri 1 18   23 bengkel tot siri 1 7 
     
 23 bengkel tot siri 1 21   23 bengkel tot siri 1 20 
     
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami