Print

Jati Diri Kor SUKSIS

TERENGGANU,  05 MAC 2017 – Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) adalah Kokurikulum Badan Beruniform Bersenjata Universiti Sultan ZainalAbidin (UniSZA). Baru-baru ini, Kor-Suksis telah menganjurkan satu Program Kem Jati Diri Tasik Kenyir. Anggota Kor-Suksis UniSZA daripada tahun dua telah terlibat secara langsung dalam kem ini. Kem ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program ini telah dijalankan pada 05 Mac 2017 hingga 07 Mac 2017 yang bertempat di Kem UniSZA Sungai Lawit, Tasik Kenyir, Terengganu. Kem jati diri ini telah disertai oleh 65 orang anggota Suksis. Kem jati diri  ini juga telah melibatkan beberapa orang  jurulatih pengiring dan staf PPHP bagi tujuan untuk memantau aktiviti yang dijalankan. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi di dalam hutan dan keadaan air tasik kenyir. Program ini juga merupakan salah satu progrm yang dilaksanakan untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada anggota Kor-Suksis tentang kerjasama dan kemantapan mental dan fizikal dalam pelbagai situasi yang sukar.

Melalui Program Kem Jati Diri Suksis ini, peserta telah memberikan respon yang positif serta telah menunjukkan sepenuhnya minat dengan memberikan perhatian ketika aktiviti sedang dijalankan. Hal ini secara tidak langsung, telah memberikan input yang berguna kepada anggota Kor Suksis dalam memamtapkan kemahiran diri.Disamping itu, program ini juga  telah memberikan satu kesempatan yang tidak ternilai kepada anggota Suksis tentang kemahiran insaniah pada diri sendiri yang mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Hasil kerjasama semua pihak tiada masalah yang timbul sepanjang program dijalankan.Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan hutan dapat dilaksanakan sepenuhnya hasih kerjasama yang diberikan oleh peserta dan bantuan jurulatih. Kebanyaakan aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kesemuanya disebabkan oleh kekangan masa. 

 

Secara keseluruhannya, program ini dapat melahirkan mahasiswa yang berfikiran kreatif dan kritis terutama dalam menjalani hidup yang serba kekurangan di dalam hutan. Oleh yang demikian, diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang agar para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran insaniah yang menjadi tunggak utama dalam hasil pembelajaran kursus kokurikulum. Oleh sebab itu, diharapkan program tersebut boleh diteruskan lagi oleh semua Kokurikum berunifrom atau bukan beruniform serta seterusnya mampu menjadi salah satu program wajib setiap tahun anjuran PPHP. Tegasnya, program seperti ini sangat berguna dalam memupuk pelajar dalam memantapkan kemahiran diri masing-masing.

|| Galeri ||