Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dan Penyampaian Watikah Pelantikan Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU)


SETIU: Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dan penyampaian watikah pelantikan Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) anjuran Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) telah diadakan pada 9-11 Mac 2023.
Kursus selama tiga hari dan dua malam ini telah berjaya diadakan di Peladang Agro Resort, Setiu dan telah disertai oleh seramai 35 orang Pelajar UniSZA yang terdiri daripada Majlis Tertinggi PPBU Sesi 2023/2024 dan wakil daripada badan beruniform UniSZA.
Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya termasuklah kaedah penyediaan kertas cadangan pelaksanaan program serta aktiviti water confident, ikhtiar hidup hutan, aktiviti flying fox dan aktiviti pembinaan jati diri.
Kursus pada kali ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim antara PPBU dan kakitangan PPHP pada masa akan datang. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs. Lt. Dr. Akila Mamat selaku Pengarah PPHP.
#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA

 
 Picture2    Picture4
     
 Picture5    Picture6
     
 Picture7    Picture8
     
 Picture9    Picture10
     
     
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami