Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Perjumpaan Pertama Kelas Kokurikulum Semester 2


Kuala Nerus: Perjumpaan pertama pelajar kokurikulum bagi pelajar semester 2, sesi pengajian 2022/2023 Universiti Sultan Zainal Abidin telah berlangsung dengan jayanya pada 17 dan 18 Mac 2023 masing-masing di Kampus Besut dan Kampus Gong Badak. Pada perjumpaan pertama ini, pelajar telah diberikan taklimat oleh YBrs. Encik Tarmizan Ibrahim selaku Penyelaras Kokurikulum Kampus Besut di Kampus Besut. Manakala taklimat di Kampus Gong Badak telah disampaikan oleh YBrs. Lt. Dr. Akila Mamat selaku Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP).


Dalam taklimat ini, pelajar telah dimaklumkan tentang kepentingan kokurikulum serta pengenalan kepada aspek kemahiran insaniah yang perlu dititik beratkan dalam perjalanan kelas kokurikulum. Selain itu, penegasan kepada aspek kehadiran kelas kokurikulum juga diberi penegasan oleh pihak PPHP agar pelajar lebih berdisiplin ketika mengikuti kelas kokurikulum.


Menurut Lt. Dr. Akila lagi, pada semester ini, PPHP merancang untuk menganjurkan Festival Kokurikulum yang melibatkan semua pelajar yang mengikuti kelas kokurikulum di PPHP, UniSZA. Pelajar turut dimaklumkan tentang pemanfaatan sumber-sumber yang terdapat dalam laman web PPHP dan juga penggunaan medium KeLIP (e-Pembelajaran) dalam subjek kokurikulum sepanjang semester berlangsung.


Pada semester ini, sebanyak 43 kursus kokurikulum telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar UniSZA yang melibatkan lebih daripada 80 orang fasilitator sebagai tenaga pengajar. Manakala jumlah pelajar pula adalah seramai 1040 orang pelajar yang mengikuti kelas kokurikulum badan beruniform dan lebih dua ribu pelajar kokurikulum bukan uniform. Pada akhir taklimat, pelajar turut diperkanalkan kepada barisan fasilitator yang akan mengendalikan kelas kokurikulum pada kali ini.


Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah YBrs. Dr. Mohd Firdaus Yahaya, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Hasbullah Ismail, Timbalan Pengarah Kemahiran Insaniah dan kakitangan di Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, PTNC HEPA UniSZA serta Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU).


#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

 
 1 222    22
     
 33    44
     
 55    66
     
 77    88
     
 99    10
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami