Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Hero Komuniti UniSZA antabangsa ke Yogyakarta, Indonesia


Yogyakarta - Seramai 24 orang wakil badan beruniform diiringi dengan En Mohd Tarmizan bin Ibrahim selaku pegawai Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) telah mengadakan program We Care We Serve 9.0 : International Community Service Malaysia - Indonesia Tahun 2023. Program ini berlangsung selama 7 hari bermula 17 Mac hingga 23 Mac 2023. Program ini anjuran Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA sesi 2021/2022 dengan kerjasama Universitas Pembangunan Nasional Veteran,Yogyakarta.

Program dimulai dengan International Conference di Universitas Pembangunan Nasional Veteran, Yogyakarta. Program International Conference ini melibatkan pelajar dari Fakultas Ekonomi dan Bisnis (FEB) UPN 'Veteran' Yogyakarta (UPNVY) dan pelajar badan beruniform UniSZA. Program ini memperkenalkan badan beruniform di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang merangkumi badan beruniform Palapes Udara,Wataniah Negara, Kor-Suksis, Kor-Siskor, Kor-Sispa, Kor -Suar, Kesatria dan Bomba serta memperkenalkan bidang yang ada di dalam Fakultas Ekonomi Dan Bisnis (FEB).

Seterusnya, Fakultas Ekonomi dan Bisnis (FEB) UPN 'Veteran' Yogyakarta (UPNVY) memperkenalkan kepada kami proses seni batik yang terkenal di Jogjakarta. Seni batik ini amat terkenal di Kampung Batik Giriloyo, Imogiri. Kami juga saling berkongsi cerita berkaitan budaya dan seni batik yang ada di Terengganu. Semoga kerjasama antarabangsa ini memberi impak yang positif kepada semua mahasiswa agar menghayati dan memelihara kesenian dan Kebudayaan di Negara Malaysia dan Indonesia.

#UniSZA
#PPHP
#PPBU
#IlmuDemiFaedahInsan
#proudlyUniSZA

 
 23 ppbu jogja 1    23 ppbu jogja 4
     
 23 ppbu jogja 5    23 ppbu jogja 7
     
 23 ppbu jogja 8    23 ppbu jogja 12
     
 23 ppbu jogja 10    23 ppbu jogja 11
     
 23 ppbu jogja 12    23 ppbu jogja 13
     
23 ppbu jogja 15   23 ppbu jogja 16
     
23 ppbu jogja 17   23 ppbu jogja 19
     
23 ppbu jogja 20   23 ppbu jogja 22
     
     
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami