Pengecualian Kelas

PENGECUALIAN KELAS KOKURIKULUM / KRITERIA PEMBERIAN CUTI

Pemberian cuti/ pengecualian kelas hanya diberikan berasaskan kriteria berikut dan menurut budi bicara pegawai yang menyokong dan meluluskan.

KELULUSAN BIASA

  1. Urusan biasiswa/pinjaman (temuduga & borang perjanjian)
  2. Berkahwin atau menghadiri perkahwinan keluarga terdekat*.
  3. Menghantar ahli keluarga terdekat* menunaikan fardu haji.
  4. Menduduki peperiksaan MUET/SPM Kertas Julai bagi mata pelajaran tertentu/STAM.
  5. Menghadiri temuduga kerja.
  6. Kelulusan pengecualian daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik.
  7. Kelulusan pengecualian daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
  8. Terpilih bagi mewakili UniSZA ke program/kejohanan luar (sila sertakan surat).
  9. Arahan daripada Pengurusan PPHP.

 KELULUSAN KES KECEMASAN**

  1. Sakit (sila sertakan salinan sijil cuti sakit semasa mengisi borang permohonan).
  2. Menziarahi keluarga terdekat* yang sakit tenat atau meninggal dunia.
  3. Hal kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan seumpamanya.

Pelajar perlu mengisi borang permohonan pengecualian kuliah dan hantar ke PPHP pada lima hari bekerja bagi kes biasa.

Permohonan pengecualian yang melibatkan jumlah pelajar kokurikulum yang ramai (lebih daripada 5 orang) perlu mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA). Permohonan boleh dibuat melalui fakulti atau Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat.

Borang boleh didapati pada ruangan Muat turun.

*Keluarga terdekat bermaksud : ibu/bapa/datuk/nenek/abang/kakak/adik/penjaga atau ahli keluarga yang tinggal bersama di bawah tanggungan ibu/bapa.
**Sila isi borang pengecualian kelas kokurikulum setelah pulang ke kampus.

Sila rujuk buku peraturan di sini: Buku Peraturan Akademik Pra-Siswazah UniSZA.