Kursus Musketry dan Latihan Menembak Kor-SUKSIS UniSZA Tahun 2023

Setiu, Terengganu - Kursus Musketry dan Latihan Menembak Kor-SUKSIS UniSZA telah berlangsung pada 2 Jun 2023 hingga 3 Jun 2023 yang bertempat di Lapang Sasar Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Kursus ini telah melibatkan melibatkan seramai 67 pelatih Skuad 20, 72 pelatih Skuad 21 dan 54 pelatih Skuad 22.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah pada hari tersebut ialah Sesi Pengenalan senjata api Revolver dan M16, Latihan Menembak menggunakan senjata api Revolver dan MC16 dan Sesi Penyampaian Hadiah kepada pelatih Kor-SUKSIS UniSZA yang telah mendapat mata tertinggi dalam latihan menembak.
Turut hadir bersama ACP/KS Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA merangkap Komandan Kor-SUKSIS UniSZA, Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Inovasi, SUPT/KS Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA merangkap Timbalan Komandan Kor-SUKSIS UniSZA, Lt. Dr. Akila bin Mamat, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dan Dr. Mohd Firdaus bin Yahaya, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP).
Turut hadir juga DSP/KS Wan Shahrin Azwan bin Wan Sulaiman, Ajutan Kor-SUKSIS UniSZA, ASP/KS Puan Azieyati bin Abd. Samad, Pegawai Latihan Akademik Kor-SUKSIS UniSZA, ASP Azman bin Mustapha, Pegawai Penyalaras Kor-SUKSIS UniSZA, INSP Ab Rasid bin Samad, Pegawai Latihan Kor-SUKSIS UniSZA, dan barisan jurulatih Kor-SUKSIS UniSZA.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut secara langsung atau tidak langsung.

#SUKSIS
#IlmuDemiFaedahInsan
#uniszapastitahu
#proudlyUniSZA 

nembak1     nembak2
     
 nembak3    nembak4
     
 nembak5    nembak6
     
 nembak7    nembak8
     
 nembak9    nembak10
     
 nembak11    nembak12
     
 nembak13    nembak14
     
nembak15