Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Medschool Outreach di MRSM KT dan Aktiviti di Pantai Batu Burok

Kuala Nerus, Terengganu - Kelas Projek Khidmat Masyarakat kumpulan K yang dikendalikan oleh Dr. Mohd Firdaus Yahaya telah mengadakan program Medschool Outreach di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu pada 28 Julai 2023 baru-baru ini.  Program ini membolehkan para pelajar yang berminat dalam menyambung bidang perubatan untuk membuat persiapan yang perlu dari segi akademik khususnya, dan berusaha memenuhi syarat kemasukan dalam bidang perubatan. Program ini juga dapat memenuhi masa lapang para pelajar dengan perkara berfaedah selain memperoleh input penting yang dapat menjamin masa depan mereka. Disamping forum, kami juga akan membuka booth berinformasi mengenai sekolah perubatan dan booth kesihatan, selain para pelajar dapat mengikuti aktiviti explorace yang akan membantu mengasah minda pelajar dan meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Dengan adanya program ini, para pelajar dapat meningkatkan usaha dan kebolehan diri untuk menempatkan diri dalam bidang perubatan di universiti yang diminati, seterusnya mempunyai peluang kerjaya yang cerah pada masa akan datang. Seramai 55 orang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan terlibat dalam program pada kali ini.

#IlmuDemiFaedahInsan
#uniszapastitahu
#proudlyUniSZA 

pkm4   pkm5
     
pkm6   pkm7
     
pkm9   pkm3
     
 pkm1    pkm2
     
 pkm3    pkm4
     
 pkm5    pkm6
     
 pkm7    pkm2
     
     
     
 
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami