Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Gilap Komunikasi Bina Identiti

Antara salah satu kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri seseorang ialah kemahiran berucap di hadapan khalayak ramai atau dikenali sebagai pengucapan awam. Dengan mempelajari kemahiran pengucapan awam, kita dapat membina dan meningkatkan keyakinan diri seterusnya ia dapat menonjolkan potensi diri kita yang sebenar serta dapat membina imej diri yang positif. Antara tokoh-tokoh terkemuka dalam pengucapan awam ialah Mahatma Gandhi dan Presiden Barack Obama. Masing-masing mempunyai gaya pengucapan yang tersendiri sehingga memberi kesan kepada khalayak ramai, hasil daripada kemahiran pengucapan awam yang mereka dalami. Maka, penting untuk kita menghargai dan mempelajari ilmu yang memberi makna dalam kehidupan kita.

Menyambut baik program Festival Kokurikulum 1.0 2023 di Universiti Sultan Zainal Abidin yang berlangsung dari 18 sehingga 20 Mei, Kelas Kokurikulum Asas Pengucapan Awam (A) mengambil peluang untuk mengadakan program ‘Gilap Komunikasi Bina Identiti’ bersama komuniti setempat yang diadakan di Blok Akademik, UniSZA. Program ini terbahagi kepada empat (4) subprogram yang terdiri daripada sesi perkongsian daripada fasilitator tentang bagaimana membina keyakinan diri, slot 1 ‘Nak Kenal Boleh?’, slot 2 ‘Tekad Bersama Kita Berjaya’ yang berkonsepkan permainan eksplorasi dan mempunyai lima (5) aktiviti permainan iaitu ‘Si Buta Memandu’, ‘Adiwira’, ‘Radio Rosak’, ‘Pantun Santan’, dan ‘Saya Yang Cipta, Awak Yang Panas’. Subprogram yang keempat pula ialah slot 3 ‘Kelakar Tak Kelakar; Parodi Cerita Rakyat’ yang merupakan pertandingan lakonan hasil daripada latihan peserta. 

Program ini bertempat di Bangunan Blok Akademik UniSZA dengan peserta seramai 40 orang murid yang menyandang jawatan Pembimbing Rakan Sebaya dari Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. Program bermula seawal 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan sarapan pagi yang disediakan. Seterusnya, sesi perkongsian bersama fasilitator yang memperkenalkan apa itu pengucapan awam kepada peserta dan berkongsi tips-tips yang menarik untuk berkeyakinan bercakap di khalayak ramai yang disampaikan sendiri oleh dua (2) orang pelajar dari Kelas Kokurikulum Asas Pengucapan Awam (A). Program ini diteruskan lagi dengan slot 1 sesi ‘Nak Kenal Boleh?’ dengan bertujuan untuk memecahkan bedung dalam diri peserta untuk menerima ilmu baharu. Slot ini diisi dengan pembahagian kumpulan sebanyak lima (5) kumpulan yang dimbimbing oleh dua (2) orang fasilitator dan setiap kumpulan diminta untuk bermain permainan ‘Pisang Goreng’ dengan bertujuan untuk menggalakkan perbincangan dalam kumpulan dan mencapai satu kata persetujuan.

Sebelum memulakan aktiviti slot 2, para peserta dimakumkan tentang slot 3 dimana peserta akan diminta untuk melakonkan cerita-cerita rakyat. Pada sesi ini setiap kumpulan diminta untuk menghantar satu wakil untuk mencabut kertas undi dan tajuk untuk lakonan cerita rakyat tersebut. Tajuk lakonan ialah cerita Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir dan Mak Andih, The Amazing Awang Kenit, Pak Kaduk dan Si Tanggang. Fasilitator akan membimbing peserta untuk melakonkan semula cerita tersebut. Pada jam 10.30 pagi, slot 2 iaitu Tekad Bersama Kita Berjaya dijalankan. Dengan konsep eksplorasi, setiap kumpulan akan mencari di mana setiap checkpoint ‘Si Buta Memandu’, ‘Adiwira’, ‘Radio Rosak’, ‘Pantun Santan’ dan ‘Saya Yang Cipta Awak Yang Panas’ yang telah ditetapkan. Setiap daripada aktiviti ini mempunyai objektif yang tersendiri untuk menggilap bakat komunikasi yang ada dalam peserta seterusnya menerapkan dalam aktiviti seharian. 

Subprogram yang terakhir iaitu slot 3 ‘Kelakar Tak Kelakar, Parodi Cerita Rakyat’ bermula pada jam 2.00 petang. Setiap kumpulan mempunyai tajuk, prop dan watak yang dibahagikan antara ahli kumpulan dengan bimbingan daripada fasilitator. Pada slot ini mereka menerapkan apa yang telah mereka pelajari di awal program untuk menjayakan lakonan tersebut. Pertandingan ini dihakimi oleh tiga (3) juri iaitu Fasilitator bagi Kelas Kokurikulum Asas Pengucapan Awam (A), Encik Shahrizal. Juga dibantu oleh Timbalan Pengarah Program, Aisyah Farhani serta Setiusaha Program iaitu Sufi Hanani. Setiap lakonan akan dijalankan selama 10 minit dan diberi markah berdasarkan semulajadi dalam lakonan, plot penceritaan, penggunaan bahasa dan kreativiti setiap kumpulan dalam melakonkan watak-watak mereka berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Slot berjalan dengan lancar dengan kejayaan para peserta membawa lakonan yang baik dan penceritaan yang bagus.

Dengan berakhirnya slot 3 maka selesai sudah kesemua subprogram tersebut. Majlis penutup Program ‘Gilap Komunikasi Bina Identiti’ bermula dengan ucapan daripada Pengarah Program, Nabil Imran. Ucapan diteruskan lagi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak iaitu Encik Rusnizam bin Muhammad dengan ucapannya menggalakkan para peserta dan juga fasilitator untuk sentiasa membuka minda  untuk mempelajari ilmu baharu khusunya bidang pengucapan awam untuk kebaikan di masa hadapan. Seterusnya beliau merasmikan majlis penutup dengan menyaksikan gimik dan tayangan montaj yang telah disediakan oleh Kelas Kokurikulum Asas Pengucapan Awam (A). Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada peserta dan penyampaian cenderahati kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.

Semua ahli Kelas Kokurikulum Kelas Asas Pengucapan Awam (A) amat bersyukur dan berterima kasih program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta. Semoga setiap individu yang terlibat dalam melaksanakan program ini secara langsung atau tidak langsung dapat menerapkan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.

#IlmuDemiFaedahInsan
#uniszapastitahu
#proudlyUniSZA 

 apa1    apa2
     
 apa3    apa4
     
 apa5  
     
     
 
 
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami