Print

Pemantauan KKB

SKOP TUGASAN UMUM PEMANTAU / PEGAWAI PENGIRING

Pemantau atau Pegawai Pengiring Ketika Melakukan Pemantauan Aktiviti/Kelas/Program perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara, antaranya adalah:

  1. Mengisi borang pemantauan atas talian.
  2. Mengambil gambar aktiviti/program yang dijalankan.
  3. Memuat naik ke dalam Facebook rasmi PPHP. (Nama program, lokasi, kokurikulum terlibat, tarikh dan jumlah pelajar).
  4. Facebook rasmi PPHP (Klik di sini)

 


 PEMANTAU KELAS

  1. Kenal pasti kelas yang hendak dipantau atau yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
  2. Mengisi maklumat dalam borang pemantauan kelas atas talian. (Klik di sini)
  3. Mengambil gambar (jika perlu).

 


 PEMANTAU AKTIVITI / PROGRAM

  1. Kenal pasti aktiviti / program yang telah ditugaskan.
  2. Mengisi borang pemantauan aktiviti / program / projek atas talian. (Klik di sini)
  3. Mengambil gambar dan merakam video perjalanan aktiviti / program / projek.

 


PEMANTAU PROJEK AKHIR

SEBELUM

  1. Kenal pasti projek akhir yang perlu dipantau.
  2. Mencetak borang Penilaian Komuniti.  
  3. Mencetak borang Kehadiran Program / Aktiviti / Projek  
  4. Skala Pemarkahan bagi Pemantau (Klik di sini).

 SEMASA

  1. Mengenal pasti minimum tiga (3) orang daripada ahli komuniti untuk mengisi borang Penilaian Komuniti serta taklimat ringkas kepada mereka yang terpilih.
  2. Meminta pelajar mengisi borang Kehadiran Program / Aktiviti / Projek.
  3. Memberi markah kepada pelajar berdasarkan skala markah yang telah ditetapkan.
  4. Mengambil gambar dan merakam video semasa aktiviti dijalankan.
  5. Simpan kedua-dua borang untuk dibawa balik ke Pejabat.

SELEPAS

  1. Membuat kiraan markah daripada borang penilaian komuniti.
  2. Membuat kiraan markah daripada borang Kehadiran Program / Aktiviti / Projek.
  3. Membuat satu (1) salinan bagi setiap borang untuk simpanan PPHP.
  4. Mengembalikan kedua-dua borang kepada fasilitator untuk rekod pemarkahan pelajar.

 

 Terima kasih.