Kelas Alat Muzik Moden

Program yang telah dijalankan ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak dan  meningkatkan keilmuan terhadap budaya muzik dalam kalangan kita khususnya mahasiswa  dan mahasiswi. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan  matlamat program kali ini dapat dicapai. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyebarkan budaya muzik dan  meningkatkan pemahaman mahasiswa UniSZA tentang bidang muzik. Justeru, program ini  diadakan dengan harapan dapat membuka mata pelajar-pelajar UniSZA dan melahirkan insan  yang berilmu, berkualiti dan cemerlang. 

Pada 18 hingga 19 Mei 2023 yang lalu, Kor Alat Muzik Moden (AMM) dengan  kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dan Perwakilan Pelajar Beruniform  UniSZA (PPBU) telah mengadakan program “The Music Alchemy: Let Music Feeds Your Soul” sempena Festival Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin 1.0 (FESKO 1.0) di dataran  Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS). Program ini disertai oleh Encik Mazlee (fasilitator AMM),  37 orang ahli kor AMM dan juga pelajar-pelajar yang bukan ahli kor AMM. Komuniti yang  terlibat dalam program ini adalah pelajar UniSZA. 

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyebarkan kebudayaan muzik  dengan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal alat muzik moden dan membuat  persembahan. Impak kepada peserta program ini adalah memperkembangan potensi peserta dalam bidang muzik dan membantu mereka untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang  lebih berfaedah. Seterusnya, impak kepada UniSZA adalah mempromosikan kebudayaan  kepada pelajar-pelajar UniSZA dan meningkatkan imej UniSZA. Di samping itu, impak kepada  masyarakat adalah menyantuni jiwa dan perasaan manusia dengan music kerana muzik ialah  bahasa yang boleh diucapkan oleh semua masyarakat merentasi bangsa, budaya, sosial,  pendidikan, ekonomi serta mengukuhkan apresiasi dan kesedaran komuniti. Akhirnya, impak  kepada negara adalah budaya muzik dapat diwariskan dan kualiti hidup rakyat dapat  dipertingkatkan melalui muzik. 

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah  dijalankan. Pada 18 Mei 2023 (Khamis), pameran alat muzik moden, bengkel “Guitar &  Keyboard” dan busking telah diadakan. Sementara itu, soalan quiz disediakan untuk para  peserta dan cenderahati telah dibagikan kepada peserta-peserta yang dapat jawab kuiz dengan betul. Pada 19 Mei 2023 (Jumaat), pertandingan nyanyian solo dengan nama “Fly High  With Your Voice” telah diadakan dan disertai oleh 9 orang peserta. Encik Hishamuddin, pengurus Kelab Muzik Moden D’Mahameru telah dijemput sebagai juri pertandingan ini.  Akhirnya, 3 orang pemenang dilahirkan dan hamper diberikan kepada para pemenang. Pada  malam hari itu, ahli AMM telah dijemput untuk membuat persembahan. Lagu-lagu yang  menarik seperti “Sedetik Lebih” dan “Teruna Dan Dara” telah dipersembahkan. 

Secara kesimpulannya, program ini telah berjaya diadakan atas kerjasama semua pihak yang terlibat walaupun pelbagai masalah muncul semasa program ini dijalankan. Sikap  bertanggungjawab dan perpaduan ahli AMM telah dipupuk semasa program ini dijalankan.  Akhir sekali, program ini merupakan sesuatu pengalaman dan memori terbaik kepada ahli-ahli  AMM. 

#IlmuDemiFaedahInsan
#uniszapastitahu
#proudlyUniSZA 

 apa1    apa2
     
 apa3    apa4
     
 apa5  
     
 
 
@pphpunisza

Kor Alat Musik Moden (AMM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dan Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA (PPBU) telah mengadakan program “The Music Alchemy: Let Music Feeds Your Soul” sempena Festival Kokurikulum Universiti Sultan Zainal Abidin 1.0 (FESKO 1.0) di dataran Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS)

♬ Aesthetic - Tollan Kim