Ahead in Times Ahead in News

UNISZA, TERENGGANU – 19 dan 20 MEI 2023, Kor Asas Keusahawanan A dan B Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan satu program yang diberi nama “Ahead In Times Ahead In News” pada Jumaat dan Sabtu yang bertempat di Bilik Kuliah, Blok Umar. Bilangan pelajar Kor Asas Kewartawanan yang telibat dalam program ini ialah seramai 68 orang beserta dua orang fasilitator, Mohd Safuwan Amir Bin Mohd Saidi dan Nursyasya Nadhirah Binti Zabidi. Komuniti yang turut terlibat dalam program ini ialah juri dari Kelab Media Seni dan Pengurusan Teknikal (KMSPT), murid-murid SK Batu Rakit dan SK Padang Kemunting serta wartawan TV3.

Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan berkat-Nya, projek akhir kami ini memberi kesan yang positif dan mendapat maklum balas yang baik daripada kesemua pihak jemputan. Program sebegini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman serta mendidik pelajar tentang kemahiran insaniah yang dapat diterapkan dalam diri. Tambahan lagi, melalui jemputan dan kolaborasi yang diadakan juga dapat mengeratkan silaturrahim dan mengekalkan hubungan baik sesama mahasiswa/i UniSZA dengan pihak luar. Pelajar—pelajar yang terlibat juga kelihatan bersemangat kerana dapat menerapkan nilai murni dan minat dalam bidang kewartawanan sesama mereka sepanjang program berlangsung.

Objektif utama program kami adalah untuk mewujudkan hubungan baik antara mahasiswa/i UniSZA dengan pihak luar. Program ini juga bertujuan untuk memupuk kerjasama dan meningkatkan kemahiran insaniah bagi pelajar-pelajar kor Asas Kewartawanan. Seterusnya, program ini dapat memberi impak positif kepada murid-murid sekolah yang dijemput di mana mereka juga dapat mendalami dunia kewartawanan melalui program ini. Bukan itu sahaja, setiap aktiviti yang dijalankan juga dapat membentuk keperibadian mulia sekaligus memupuk nilai kerjasama dalam diri setiap pihak terlibat. Selain itu, imej pelajar UniSZA dan Kor Asas Kewartawanan dapat ditingkatkan serta meyakinkan pihak luar bahawa pelajar UniSZA kian aktif melakukan pelbagai aktiviti di dalam mahupun di luar kampus. Secara tidak langsung, nama UniSZA akan semakin dikenali dengan adanya aktiviti sebegini pada masa akan datang.

Program bermula pada 19 Mei 2023, Kor Asas Kewartawanan telah mengadakan sesi ujibakat penyampai radio Pesona FM dengan kerjasama Kelab Media Seni Dan Pengurusan Teknikal (KMSPT). Program berlangsung tepat jam 3 petang dengan kehadiran para peserta ujibakat dan pihak juri. Ujibakat ini telah disertai oleh 10 orang pelajar UniSZA yang sungguh yakin dan bersemangat ketika sesi ujibakat berlangsung dan 4 orang daripada mereka telah berjaya diserap masuk sebagai ahli radio Pesona FM di bawah naungan KMSPT. Tepat pada jam 6 petang, sesi ujibakat tamat dan para pelajar mula berurai. Program ujibakat penyampai radio ini telah memberi peluang yang sangat cerah kepada pelajar untuk menonjolkan bakat terpendam serta memperkenalkan tentang radio Pesona FM kepada seluruh warga UniSZA dengan lebih meluas.

Pada hari seterusnya, 20 Mei 2023, Sabtu, kami telah menjemput seorang wartawan TV3 yang bernama Mohd Ishak Abdillah untuk menjadi panel penceramah bagi sesi ‘talk show’ yang dihadiri oleh murid-murid SK Batu Rakit dan SK Padang Kemunting. Pada jam 9 pagi, kesemua ahli Kor Asas Kewartawanan berkumpul di Bilik Kuliah, Blok Umar bagi penyediaan tempat dan menunggu kedatangan tetamu. Tepat pada jam 10 pagi, program bermula dengan ketibaan para pelajar SK Batu Rakit dan SK Padang Kemunting serta diiringi dengan kedatangan panel penceramah oleh wartawan TV3. Program dimulakan dengan sesi ‘talk show’ di mana panel penceramah memberi pendedahan kepada murid-murid tentang hala tuju dalam bidang kewartawanan serta perkongsian pengalaman beliau menjadi seorang wartawan. Pada jam 12.30 tengahari, sesi ‘talk show’ tamat bagi memberi laluan kepada semua tetamu berehat dan makan. Tepat pada jam 2.30 petang, program diteruskan dengan pertandingan membaca berita yang disertai oleh murid-murid sekolah yang dijemput dan dijurikan oleh para fasilitator.

Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang sangat meriah dan 10 orang murid dari kedua-dua buah sekolah telah berjaya masuk ke pusingan terkahir. Pertandingan itu juga berlangsung dengan rancak apabila semua pelajar menampilakan persembahan yang cukup bertenagan dan menarik. Hal ini telah membuatkan juri menjadi keliru untuk memilih siapa yang paling terbaik diantara yang terbaik. Setelah sesi penjurian beransur, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah dan ucapan daripada pengarah program. Tempat pertama bagi pertandingan membaca berita ini telah dinobatkan kepada murid dari SK Batu Rakit serta tempat kedua pula jatuh kepada murid dari SK Padang Kemunting. Pertandingan tersebut tamat pada jam 5 petang dan murid-murid mula pulang balik ke sekolah. Kedua-dua program pada hari Sabtu tersebut berjalan lancar dengan bantuan daripada kesemua ahli jawatankuasa dan ahli majlis tertinggi Kor Asas Kewartawanan.

Konklusinya, program ini berlangsung dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program seperti ini dapat mengasah bakat dan pelajar dapat mengumpul pengalaman yang sangat bernilai. Selain itu, program begini dapat memberi pendedahan kepada para mahasiswa/i serta pihak luar tentang bidang kewartawanan yang mencabar.

#IlmuDemiFaedahInsan
#uniszapastitahu
#proudlyUniSZA 

 asas wartawan4    asas wartawan5
     
 asas wartawan6  
     
asas wartawan1
     
   asas wartawan2
     
asas wartawan3
     
 
 
@pphpunisza

KOR ASAS KEWARTAWANAN UniSZA

♬ Dj Viral Ingin Ku Teriak Bilang I Love You - MR STRONG CSS