Print

Gambar Pertandingan Ping Pong Tertutup Sedekad UniSZA

1-2 Disember 2017 yang lalu, kokurikulum Ping Pong telah membuat satu pertandingan ping pong tertutup sedekad UniSZA. Pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Gemilang, UniSZA. seramai 39 orang daripada kelab Ping Pong, 53 orang mahasiswa serta mahasiswi telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan ini berlangsung selama dua hari. Kategori yang dipertandingkan adalah perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, Pengadil dan Pembilang markah yang telah dilantik.

Program ini bertujuan bagi mencungkil bakat dalam permainan Ping Pong yang dimiliki oleh para mahasiswa selain mengeratkan hubungan sesama mereka. Objektif utama program adalah memberi pendedahan kepada pelajar untuk bergiat aktif. Pertandingan seperti ini juga mampu membentuk kemahiran sosial dan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan amanah serta tugasan yang diberi. Nialai dan sikap profesionalisme juga dapat dibentuk melalui adanya pengurusan dengan pihak luar.

Program seperti ini amatlah sesuai bagi melahirkan mahasiswa khususnya yang aktif dalam bidang sukan selain aktif dalam akademik. Pendedahan seperti ini sekaligus dapat pelajar aplikasikan kemahiran serta nilai insaniah yang menjadi tonggak utama dalam hasil pembelajaran kursus kokurikulum. Kesimpulannya, adalah diharapkan agar pertandingan seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana dilihat sangat membantu dalam dalam sukan, kemahiran insaniah dan juga akademik.