Sidang Komander Askar Wataniah Siri 34/2023

Kuala Nerus - Seramai 54 ahli terdiri daripada komander dan timbalan komander siri 500 dari seluruh Malaysia menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri 34/2023, anjuran Rejimen 512 Askar Wataniah dengan kerjasama BPS ( Bahagian Simpanan Tentera Darat) di Dewan Senat, UniSZA kampus Gong Badak, hari ini.

Turut mencemar duli pada sidang kali ini adalah empat kerabat Diraja iaitu DYTM Raja Muda Perlis Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, YAM Tengku Panglima Raja Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Brig Jen Dato’ Seri Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan DYTM Brig Jen Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Amin Karim Sultan Sallehuddin.

Sidang ini telah pengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) iaitu Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr Shukor Abdul Razak dan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Dr. Akila Mamat telah mewakili UniSZA. Selain itu, ahli-ahli sidang turut mengadakan lawatan ke Arkib, Galeri Manurip dan Galeri Pak Samad di Perpustakaan Al-Watiqhu Billah, UniSZA.
 

#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

 
 23 sidang komander wataniah1    23 sidang komander wataniah2
     
 23 sidang komander wataniah3   23 sidang komander wataniah4 
     
 23 sidang komander wataniah5   23 sidang komander wataniah6 
     
 23 sidang komander wataniah7   23 sidang komander wataniah8 
     
 23 sidang komander wataniah9   23 sidang komander wataniah10