Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Program “Bright For Future” Kor Wataniah Negara III

9 Disember 2023- Pelajar Kursus Kokurikulum Wataniah Negara III semester 1 sesi 2023/2024 telah mengadakan program "BRIGHT FOR FUTURE" di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit. Program ini melibatkan 52 anggota dari pelajar Kursus Kor Wataniah Negara III dan 120 peserta dari Sekolah Kebangsaan Batu Rakit. Ini merupakan projek akhir Kor Askar Wataniah Negara III dan bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan serta memberi pendedahan awal kepada pelajar SK Batu Rakit tentang kepentingan penglibatan awal kokurikulum.

Program ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan kemenjadian pelajar dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek. Selain itu, program ini diadakan untuk mengisi masa cuti pelajar dengan baik. Tanpa program ini, bakat pelajar mungkin tidak dapat digilap dengan baik, menyebabkan pembaziran sumber pelajar yang bermutu.

Pelaksanaan program memberikan impak pada bidang pengurusan bagi anggota Kor Wataniah Negara III. Program ini membantu anggota yang belum berpengalaman dalam bidang ini untuk belajar cara mengurus sesuatu program, memberi mereka satu titik kebaikan untuk terus maju dan meningkatkan kemahiran pengurusan individu.

Program ini juga memberikan impak kepada peserta dalam memupuk semangat kepimpinan sejak sekolah rendah. Pelajar diberi peluang untuk menjadi ketua melalui penyertaan dalam program ini, yang dapat mencungkil potensi dan bakat dalam kepimpinan. Ini sesuai dengan slogan UniSZA, "Ilmu demi faedah insan," dan membantu meningkatkan kekenalan UniSZA sebagai 'Hero Komuniti'.

Aktiviti dalam program termasuk senamrobik, nyanyian lagu tema "Gemuruh Jiwa," kawad kaki, cara memasang khemah, dan aktiviti radio rosak. Program berakhir dengan majlis penutup yang melibatkan semua jawatankuasa yang terlibat.

Secara keseluruhan, program ini memberikan impak positif kepada pelajar dan anggota penganjur, membangunkan ikatan kerjasama di antara mereka dan warga SK Batu Rakit. Program ini dianggap sebagai anjakan paradigma yang memberikan manfaat besar kepada pelajar untuk menjadi insan lebih baik pada masa akan datang. 

#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

 23 info banjir unisza 2
 
 photo 2023 12 13 19 43 55   photo 2023 12 13 19 49 44 
     
 photo 2023 12 13 19 20 42    photo 2023 12 13 19 37 06
     
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami