Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

TERAS KEMASYARAKATAN & SUKARELAWAN

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT BAGI PENGAJIAN DIPLOMA

 
Briged Perdana adalah merupakan satu subjek pengurusan bantuan yang menekankan kebolehan memberi bantuan kepada mangsa bencana seperti banjir dan sebagainya. Pelajar diberi pendedahan pertolongan cemas, kaedah membawa mangsa, bantuan jiwa murni, kepimpinan dan asas kaunseling. Pelajar perlu sentiasa berada dalam tahap disiplin yang tinggi. lanya juga membentuk pelajar agar dapat berkerjasama dengan masyarakat awam.
 
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kasih sayang dan kemanusiaan, kesihatan asas, kesejahteraan hidup, asas sains rumahtangga dan kaedah penjagaan kanak-kanak. Pelajar juga didedahkan tentang perjalanan kehidupan rumah-rumah kebajikan, pentadbiran pasukan dan melakukan kerja-kerja amal pada masyarakal warga emas, kurang upaya dan menyumbang dalam membantu memajukan pencapaian anak-anak yatim.
 
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar peranan untuk menyalur maklumat sebagai satu saluran interaktif mengeratkan hubungan polis sebagai agensi perantaraan sebagai pencegahan jenayah. Pelajar juga diajar dalam pendidikan dan kesedaran sivik, sukarelawan, tatacara perhubungan serfa misi Rakan Cop. Pelajar akan diberi tugasan dalam konteks pencegahan dan menyalur maklumat kepada pihak PDRM.
 
 
 

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT BAGI PENGAJIAN SARJANA MUDA

 
Kursus ini pelajar akan didedahkan dengan program kemasyarakatan, kebajikan dan kesedaran. Pelajar juga akan diajar mengenai ciri-ciri kepimpinan dalam menguruskan sesebuah program kemasyarakatan. Pelajarakan melakukan kerja-kerja amal pada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
 
Kursus ini menerangkan aspek-aspek pengetahuan dan pendidikan asas sejarah dadah, jenis-jenis dadah dan kesan/akibat kepada manusia, penguatkuasaan undang-undang, profil seorang penagih dan bekas penagih, proses pemulihan di pusat serenti, penjara dan pelajarjuga dibawa melawat ke pusat serenti dan penjara di dalam negara. Selain dari itu, matapelajaran ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pelatih melalui kaunseling berkelompok dan penganjuran kursus / bengkel dan seminar anti dadah.

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami