TERAS SUKAN

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT BAGI PENGAJIAN DIPLOMA

 
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar-pelajar bagaimana bemain badminton dengan betul, asas-asas kepada kemahiran bermain badminton serta melibatkan pelajar dengan latihan bernnain dan menganjur serta mengendalikan suatu pertandingan kecil.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang undang-undang dan peraturan permainan bola jaring, kemahiran-kemahiran asas bola jaring khususnya dari segi teknik yang betul dan pelajar diberikan pendedahan untuk terlibat di dalam pengajuran kejohanan.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang sejarah permainan bola sepak, peraturan asas, kelengkapan permainan dan peralatan, aspek-aspek kecergasan dan latihan yang sesuai, aktiviti regangan dan teknik-teknik kemahiran asas dalam permainan bola sepak.
 
4. BOLA TAMPAR (KKX 11403)
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan pengetahuan asas mengenai teknik, peraturan-peraturan permainan dan mengambil bahagian dalam pertandingan bola tampar anjuran dalaman atau pihak luar.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar kepada teknik-teknik kemahiran asas permainan, undang-undang permainan, strategi-strategi dan prinsip asas permainan futsal.
 
6. PING PONG (KKX 11903)
Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep dan permainan asas ping pong, mengetahui cara memimpin kumpulan dan berkerjasama dalam satu kumpulan serta menggalakkan aktiviti yang diceburi sebagai satu gaya hidup sihat.
 
7. WOODBALL (KKX 12403)
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan pengetahuan asas mengenai teknik, peraturan-peraturan permainan dan mengambil bahagian dalam pertandingan Woodball di dalam atau luar universiti.
 
 
  

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT BAGI PENGAJIAN SARJANA MUDA

 
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada pengetahuan-pengetahuan asas dan kemahiran-kemahiran asas pelayaran dan ia juga memperlihatkan pelajar kepada sejarah pelayaran, mengetahui jenis dan bahagian kapal layar. Pelajar juga harus melayarkan kapal layar.
 
2. BOLA BALING (KKX 11603)
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan kemahiran membuat hantaran, rejaman dan tangkapan yang baik dalam bola baling, mengaplikasikan peraturan dalam permainan ini serta berkemahiran dalam penyediaan padang dan alatan permainan ini.
  
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar sukan berkuda, sejarah serta perkembangannya. Pelajar juga akan dibawa menerokai alam kehidupan kuda dan bagaimana menjalin persahabatan dengan haiwan ini serta pelajar dapat mempelajari dan mengenal pasti peralatan-peralatan menunggang, ilmu mengenai kesihatan kuda dan teknik-teknik asas menunggang kuda.
 
Kursus ini mendedahkan peraturan sukan golf, latihan kecergasan, asas pengadilan, teknik permainan dan penganjuran sukan golf.
 
Kursus ini memberi pendedahan mengenai asas permainan Hoki, mendidik cara memimpin kumpulan dan kerjasama antara ahli pasukan serta menyihatkan tubuh badan.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan pengetahuan asas mengenai teknik , peraturan-peraturan permainan dan mengambil bahagian dalam pertandingan Karatedo. 
 
Kursus ini menawarkan pendedahan asas kepada kemahiran berkayak, teknik-teknik kayuhan yang betul, peraturan dan kod keselamatan semasa berkayak atau semasa menjalankan aktiviti di air.
 
8. MEMANAH (KKX 10503)
Kursus ini menekankan kepada pelajar tentang undang-undang dan peraturan permainan sukan memanah, pelajar juga diberikan tumpuan tentang kemahiran-kemahiran asas sukan memanah khususnya dari segi teknik yang betul serta pendedahan penganjuran kejohanan mini.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan pengetahuan asas mengenai teknik , peraturan-peraturan permainan dan mengambil bahagian dalam pertandingan Rowing serta menyihatkan tubuh badan.
 
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar-pelajar bagaimana bermain Sepak Takraw dengan betul, asas-asas kepada kemahiran bermain Sepak Takraw, undang-undang permainan Sepak Takraw, serta melibatkan pelajar dengan latihan bermain dan menganjur mengendalikan suatu pertandingan kecil dan juga menyertainya.
 
Kursus ini memberi pendedahan terhadap pengurusan fizikal secara saintifik dalam sukan taekwon-do. Pembentukan sahsiah dan jati diri yang seimbang serta memcetuskan semangat daya juang tinggi dalam menghadapi dan mengharungi cabaran kehidupan harian.
 
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada pengetahuan-pengetahuan asas dan kemahiran-kemahiran asas permainan tenis dan ia juga memperlihatkan pelajar kepada seni pergerakan dan teknik sesuatu pergerakan atau kemahiran yang dilakukan serta teknik boleh menganjurkan pertandingan / kursus.
 
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan strategi permainan, pengetahuan dalam peralatan serta pengurusan, pemarkahan pertandingan tenpin boling.
 
 
 
**TIADA PENAWARAN SEMASA

 
**JUDO (KKX 12103)
Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar akan pengetahuan asas mengenai teknik , peraturan-peraturan permainan dan mengambil bahagian dalam pertandingan Judo serta melengkapkan kemahiran seni mempertahankan diri.
  
**RAGBI (KKX 11803)
Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep dan permainan asas ragbi, mengetahui cara memimpin kumpulan dan berkerjasama dalam satu kumpulan serta menggalakkan aktiviti yang diceburi sebagai satu gaya hidup sihat.
 
**SKUASY (KKX 11103)
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar-pelajar akan kemahiran asas,undang-undang permainan, teknik dan strategi permainan skuash. Selain itu pelajar didedahkan kepada contoh-contoh kecederaan di dalam sukan ini yang boleh dielakkan.
  
**SOFBOL (KKX 11703)
Kursus ini mengajar peraturan sukan sofbol, latihan kecergasan, asas pengadilan, teknik permainan dan penganjuran sukan sofbol.