TERAS PASUKAN PAKAIAN SERAGAM TANPA SENJATA

NOTA PENTING :
Jika anda telah memilih untuk mendaftar mana-mana KKB Berpakej ini, anda diWAJIBkan menamatkan kesemua siri KKB BERPAKEJ yang diambil. Penarikan diri semasa mengikuti KKB BERPAKEJ ini akan menyebabkan anda mungkin gagal bergraduan pada tempoh masa yang ditetapkan. 
 

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERPAKEJ BAGI PENGAJIAN SARJANA MUDA

 
1. KOR SISPA (SUKARELAWAN SISWA/I PERTAHANAN AWAM)
 
Kursus ini adalah untuk melahirkan seorang Pegawai Angkatan Pertahanan Awam dengan pertolongan cemas.
 
KOR SISPA ditawarkan sebanyak 5 siri dan perlu diambil selama 5 semester pengajian penuh:- 
 
Setelah tamat 5 siri dan mengikuti majlis pentauliahan, pelajar akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda (PA) oleh Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
 
 
 

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM BERPAKEJ BAGI PENGAJIAN DIPLOMA

 
1. KOR BOMBA DAN PENYELAMAT
 
Kursus ini memperkenalan struktur dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sejarah bomba, fungsi, bidang kuasa dan undang-undang serta kod etika kebombaan. Pelajar juga diberi pendedahan kepada pelajaran tentang sains kebakaran, media pemadaman, alat pemadam api, kawad kaki dan kawad operasi.

KOR BOMBA DAN PENYELAMAT ditawarkan sebanyak 3 siri dan perlu diambil selama 3 semester pengajian penuh:-  

 
 
 
2. KOR KESATRIA
 
Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada pengenalan asas ketenteraan dalam modul kesatria serta pengenalan ilmu rekreasi, kawad kaki, latihan kecergasan, tatatertib, pakaian seragam dan istiadat bendera. lanya juga melatih pelajar sebagai pemimpin diperingkat sekysen dan platun serta ilmu perkhemahan dan ilmu pertolongan cemas di medan (combat medic).
 
KOR KESATRIA ditawarkan sebanyak 3 siri dan perlu diambil selama 3 semester pengajian penuh:-   
 
 
 

**TIADA PENAWARAN SEMASA

 
**KURSUS : PUTERI ISLAM I (KKY 10503)
SINOPSIS: Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada dasar pertubuhan, perlembagaan dan pentadbiran organasasi Puteri Islam. Disamping itu juga pelajar diberi penerangan tentang kesihatan asas, asas pertolongan cemas, asas kesejahteraan hidup, asas sains rumahtangga dan pelajaran kawad kaki.
 
**KURSUS :RED CRESCENT SOCIETY
BULAN SABIT MERAH I (KKY 10203)
SINOPSIS: Kursus ini memperkenalkan sejarah, prinsip asas pergerakan palang merah dan pendidikan dalam PBSM. Pelajar didedahkan kepada asas-asas pertolongan cemas seperti pendidikan kesihatan asas (basic health education), rawatan dirumah (home nursing)yang diperlukan untuk program persijilan pertolongan cemas permulaan dan sijil-sijil rawatan di rumah permulaan diperkenalkan juga.
 
**KURSUS: PUTERI ISLAM MOVEMENT OF MALAYSIA
PANDU PUTERI I (KKY 10711)
PANDU PUTERI II (KKY 10721)
PANDU PUTERI III (KKY 10731)
SINOPSIS :Kursus ini pelajar didedahkan kepada dasar pertubuhan, perlembagaan dan pentadbiran organisasi Pandu Puteri. Disamping itu juga pelajar diberi penerangan tentang sejarah perkembangan,prinsip asas kepanduan, kaedah kepanduan, kawad kakidan istiadat kepanduan, perkhemahan, khidmat masyarakat , program asas pemimpin muda serta sikap dan nilai .
 
** TIADA PENAWARAN SEMASA