Print

Rasional

Penawaran kursus-kursus kokurikulum untuk anda, pelajar UniSZA, adalah relevan dan penting kerana:

  1. Anda akan diterapkan dengan kemahiran-kemahiran 'non-academic' agar boleh menjadi seorang pemimpin yang baik kelak.
  2. Anda akan didedahkan kepada pembelajaran menyeronokkan, tanpa peperiksaan, untuk mempelajari sesuatu kemahiran.
  3. Penerapan kemahiran insaniah di dalam pembelajaran kokurikulum mampu menjana anjakan paradigma anda tentang pelbagai kemahiran generik seperti keyakinan din, berdikari dan komunikasi.
  4. Anda akan dilatih untuk berkomunikasi secara berkesan dengan agensi luar dan masyarakat untuk memupuk integriti sosial yang kukuh.