Bengkel Microsoft Word Staf PPHP Siri-1

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Microsoft Word Siri-1 kepada Staf PPHP pada 21 Februari 2017. Kursus ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPHP, UniSZA Kampus Gong Badak. Pada bengkel kali ini, seramai lapan orang peserta daripada kakitangan sokongan telah menyertainya yang melibatkan enam kakitangan sokongan PPHP dan dua orang peserta dari unit PALAPES, UniSZA.

Objektif kursus ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai Microsoft Word bagi peningkatan kualiti kerja harian. Penggunaan Microsoft Word adalah satu keperluan di dalam tugasan hakiki kakitangan sokongan dimana ianya akan memudahkan dan melancarkan proses penyediaan dokumen-dokumen yang diinginkan. Pendekatan yang digunakan dalam bengkel ini adalah berbentuk hands-on agar peserta terus dapat mempraktik apa yang telah mereka pelajari daripada teori pembelajaran Microsoft Word. Bengkel seharian ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya yang merupakan Penyelaras Data dan Jaminan Kualiti, PPHP dan dibantu oleh seorang pelajar praktikal iaitu Puan Nurfatin Naazira Mohamad.

bengkel word1 bengkel word2 bengkel word3