Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Lawatan Naib Canselor ke Makmal Alami PPHP

Hulu Terengganu, 6 Mei 2017: Naib Canselor UniSZA, Profesor Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif diiringi oleh Dr. Azmi bin Omar, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, En Ismail bin Ahmad, Pemangku Pendaftar serta pegawai-pegawai KETENGAH telah melawat tapak Makmal Alami Pusat Pembangunan Holistik Pelajar di Tasik Kenyir. Naib Canselor serta rombongan tiba di Makmal Alami pada jam 2.30 petang dan telah disambut oleh En. Salman bin Lambak, Timbalan Pengarah Kemahiran Insaniah PPHP serta kakitangan PPHP. 

Naib Canselor dan rombongan telah meluangkan masa di Makmal Alami ini kira-kira setengah jam bagi meninjau sekitar tapak perkhemahan dan "dewan" yang telah dibangunkan di sini. Beliau dan rombongan terdahulu telah diberikan penerangan oleh En. Salman tentang jenis aktiviti luar dan kor pakaian seragam serta kakitangan UniSZA yang terlibat  dalam membangunkan Makmal Alami di sini. Mereka juga turut dibawa untuk meninjau hasil kreativiti para pelajar dan kakitangan UniSZA seperti tapak khemah, tempat berteduh, dewan, dapur dan anjung yang telah dibina di sini. 

Pada akhir lawatan, Naib Canselor melahirkan kegembiraan atas usaha para pelajar dan kakitangan UniSZA yang turut bersama untuk membangunkan Makmal Alami di Tasik Kenyir ini. Beliau berharap agar Makmal Alami ini dapat dimajukan lagi pada masa akan datang. 

bengkel word1 bengkel word2
nc kenyir4 nc kenyir5 nc kenyir6

 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami