SUKSES 2018 @Sabah

Sabah - Program Suksis UniSZA Sedekad Eksplorasi Khidmat Komuniti dan Pembangunan Masyarakat Sabah (SUKSES) 2018 telah diadakan pada 13 hingga 19 Mac 2018 bersamaan dengan hari Selasa hingga Isnin dan bertempat di Kampung Sungai Padang, Papar, Sabah.
 
Majlis Perasmian dan Gimik Pelepasan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Nik Wan Bin Omar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA manakala Majlis Perasmian Penutupan SUKSES 2018 pula disempurnakan oleh YB Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Ahli Parlimen Sabah.
 
Program ini merupakan anjuran Kor-Suksis UniSZA dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA. Program ini telah disertai oleh semua anggota Kor-Suksis UniSZA Skuad 2016. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung termasuklah Diskusi Ilmiah dan Silang Pemikiran Kor-Suksis UniSZA - Kor-Suksis UMS, Program Bakti Siswa Karnival Kokurikulum bersama SMKA Tun Datu Mustapha, penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat di Kampung Sungai Padang, sumbangan kepada golongan asnaf, Program Bakti Siswa dan Cakna Komuniti : Pembangunan 'Mini Library' di Surau Ar-Rashid, Kampung Sungai Padang, Malam Silang Budaya bersama warga Kampung Sungai Padang dan Lawatan ke Markas Polis Marin Sabah.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pegawai dan jurulatih yang turut sama hadir dan kesemua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan dan melancarkan program SUKSES ini. 
 
Gambar: Blog Kor-Suksis