Lawatan Pusat Kokurikulum UPSI

PPHP menerima rombongan daripada Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Pengarahnya sendiri iaitu Dr. Asmadi bin Ishak dalam lawatan mereka ke universiti-universiti awam yang terletak di pantai timur. Turut serta dalam rombongan ini adalah Penyelaras Unit Badan Beruniform, Lt. Kol. Mohamad Ali Roshidi bin Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan, Puan Naida binti Khalil serta kakitangan Pusat Kokurikulum UPSI.

Pelbagai idea telah dikongsi antara PPHP dan Pusat Kokurikulum UPSI bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelajar yang mengambil kursus kokurikulum berkredit di universiti masing-masing.

Terima kasih PPHP ucapkan kepada Pusat Kokurikulum UPSI kerana memilih PPHP UniSZA sebagai salah satu destinasi untuk dilawati pada kali ini.