Print

Teras Pasukan Pakaian Seragam Bersenjata

 
NOTA PENTING :
Jika anda telah memilih untuk mendaftar mana-mana KKB Berpakej ini, anda diWAJIBkan menamatkan kesemua siri KKB BERPAKEJ yang diambil. Penarikan diri semasa mengikuti KKB BERPAKEJ ini akan menyebabkan anda mungkin gagal bergraduan pada tempoh masa yang ditetapkan. 
 

SENARAI KKB BERPAKEJ IJAZAH SARJANA MUDA

 
1. KOR PALAPES UDARA (PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN UDARA)
 
Kursus ini adalah untuk melahirkan seorang Pegawai Tentera Udara dengan Asas Latihan Ketenteraan (Teori dan Amali) serta kehidupan dalam kem (Tentera Udara Di Raja Malaysia).
 
Pelajar mestilah layak mengikut syarat yang ditetapkan Lembaga pemilihan ATM dan juga melepasi ujian pemilihan yang dikendalikan oleh Markas PALAPES (U) dan Bahagian Pasukan Simpanan.
 
KOR PALAPES UDARA ditawarkan sebanyak 6 siri dan perlu diambil selama 6 semester pengajian penuh:- 
 
Setelah tamat 6 siri dan mengikuti majlis pentauliahan, pelajar akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda PSSTUDM oleh YDP Agong.
 
 
2. KOR SUKSIS (SUKARELAWAN SISWA/I POLIS)
 
Kursus ini adalah untuk melahirkan seorang Pegawai yang berpengetahuan undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta amalan disiplin (kepolisan) yang sesuai di antara pasukan polis dan UniSZA.
 
Pelajar mestilah layak mengikut syarat yang ditetapkan PDRM dan juga melepasi ujian pemilihan yang dikendalikan oleh pegawai PDRM.
 
KOR SUKSIS ditawarkan sebanyak 6 siri dan perlu diambil selama 6 semester pengajian penuh:-
 
Setelah tamat 6 siri dan mengikuti majlis tamat latihan, pelajar akan dianugerahkan dengan pangkat Inspektor KS oleh Ketua Polis Negara. 
 
 
3. KOR SISKOR (SUKARELAWAN SISWA/I KOREKSIONAL)
 
Kursus ini adalah untuk melahirkan seorang pegawai penjara yang berpengetahuan tentang ilmu berkaitan kepenjaraan dan koreksional, mempunyai sikap serta amalan disiplin yang sesuai dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi serta berpengetahuan luas.
 
Pelajar mestilah layak mengikut syarat yang ditetapkan Pusat Latihan Koreksional dan juga melepasi ujian pemilihan yang dikendalikan oleh pegawai Latihan Koreksional.
 
KOR SISKOR ditawarkan sebanyak 4 siri dan perlu diambil selama 4 semester pengajian penuh:-
 
Setelah tamat 4 siri dan mengikuti majlis tamat latihan, pelajar akan dianugerahkan dengan pangkat Inspektor Penjara oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia. 
 
 
4. KOR WATANIAH NEGARA 
  
Kursus ini memerlukan calon-calon memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga pemilihan ATM. Latihan akan bermula setelah calon-calon berjaya dalam ujian pemilihan yang dikendalikan oleh Rejimen Askar Wataniah dan Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat. Peringkat ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada Asas Latihan Ketenteraan (Teori dan Amali) serta kehidupan dalam kem.
 
KOR WATANIAH NEGARA ditawarkan sebanyak 6 siri dan perlu diambil selama 6 semester pengajian penuh:- 
WATANIAH NEGARA I     (KKW 10611)
WATANIAH NEGARA II    (KKW 10621)
WATANIAH NEGARA III   (KKW 20631)
WATANIAH NEGARA IV   (KKW 20641)
WATANIAH NEGARA V     (KKW 30651)
WATANIAH NEGARA VI    (KKW 30661)
 
Setelah tamat 6 siri dan juga berjaya menamatkan siri latihan di kem ATM, pelajar akan memakai lain-lain pangkat. 
 
 
 

SENARAI KKB BERPAKEJ DIPLOMA

 
1. KOR ASKAR WATANIAH (REJIMEN ASKAR WATANIAH)
 
Kursus ini memerlukan calon-calon memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga pemilihan ATM. Latihan akan bermula setelah calon-calon berjaya dalam ujian pemilihan yang dikendalikan oleh Rejimen Askar Wataniah dan Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat. Peringkat ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada Asas Latihan Ketenteraan (Teori dan Amali) serta kehidupan dalam kem.
 
KOR ASKAR WATANIAH ditawarkan sebanyak 4 siri dan perlu diambil selama 4 semester pengajian penuh:- 
 
Setelah tamat 4 siri dan juga berjaya menamatkan siri latihan di kem ATM, pelajar akan memakai lain-lain pangkat. 
 
 
 

**TIADA PENAWARAN SEMASA

 
**KURSUS: RESERVE OFFICER TRAINING UNIT ARMY 
PALAPES DARAT I     (KKW 10511)
PALAPES DARAT II    (KKW 10521)
PALAPES DARAT III   (KKW 20531)
PALAPES DARAT IV   (KKW 20541)
PALAPES DARAT V     (KKW 30551)
PALAPES DARAT VI    (KKW 30561)
SINOPSIS : Kursus ini adalah untuk melahirkan seorang Pegawai Tentera Darat dengan Asas Latihan Ketenteraan (Teori dan Amali) serta kehidupan dalam kem (Tentera Darat Di Raja Malaysia).