Pemakaian Pangkat Kolonel (Kehormat) PSSTUDM

 
Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor UniSZA) atas Pemakaian Pangkat Kolonel (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM. Prof Dr. Fadzli bin Adam telah dikurniakan pangkat Kolonel (Kehormat) PSSTUDM berkuat kuasa mulai 7 Jun 2022 sebagai Komandan Palapes UniSZA melalui Majlis Angkatan Tentera ke-600 dan telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada 17 Jun 2022.
 
 
Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga UniSZA