Tamat Latihan Kor SISKOR

Seramai 24 mahasiswi KOR SISKOR Universiti Sultan Zainal Abidin telah menyertai Majlis Perbarisan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan KOR SISKOR peringkat kebangsaan bertempat di Maktab Penjara Kajang yang berlangsung daripada 31 Ogos - 8 September 2018.

Program ini telah juga disertai Bersama Universiti Utara Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.

Pentauliahan PALAPES Udara 2018

Bermula pada 5 hingga 18 Ogos 2018 yang lepas, UniSZA telah menghantar para pelajar bagi menyertai Istiadat Pentauliah Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-37 Tahun 2018 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Dalam istiadat pada tahun ini, Seramai 41 pegawai kadet telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTUDM. Istiadat pentauliahan ini telah disempurnakan oleh wakil KDYMM SPB YDPA iaitu DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis. 

Pengunjung

199951