Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Perwakilan Badan Beruniform UniSZA (PPBU)

    PPBU merupakan sebuah perwakilan bawah seliaan PPHP. Penubuhan PPBU telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada Ogos 2022. PPBU merupakan wadah pengantara antara pelajar-pelajar badan uniform dan pengurusan di PPHP bagi mengurus pelajar-pelajar kokurikulum di UniSZA. Badan-badan uniform yang terlibat dalam PPBU adalah seperti berikut:

    1. SUKSIS
    2. PALAPES
    3. SISKOR
    4. SUAR
    5. SISPA
    6. ASKAR WATANIAH
    7. BOMBA
    8. KESATRIA

    Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh PPHP bersama pelajar kokurikulum terutama pelajar yang terlibat dalam badan beruniform bagi menyemai dalam diri pelajar-pelajar tentang sifat-sifat kesukarelawanan.

    Mempersiap siagakan pelajar-pelajar yang aktif, cakna kepada permasalahan dan keresahan yang menimpa masayarakat bagi menghulurkan bantuan awal khususnya ketika musibah dan bencana yang melanda.

    Merancang dan berkerjasama untuk menganjurkan aktiviti sukarelawan beruniform yang berimpak tinggi antara universiti awam dalam negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Melahirkan mahasiswa UniSZA yang cakna kepada masyarakat sama ada dalam dan luar negara dan mengangkat UniSZA menjadi sebuah institusi Hero Community.

     PERJAWATAN PPBU
     
     BIL. JAWATAN JUMLAH
    1. Penaung TNC HEPA & Alumni
    2. Penasihat Pengarah PPHP
    3.  Pegawai PPHP Penyelaras Badan Beruniform
    4. Presiden 1
    5.  Timbalan Presiden 1
    6.   Naib Presiden 3
    7.  Setiausaha 1
    8.  Bendahari 1
    9.  Ahli Jawatankuasa 18

     

     

    Penubuhan PPBU memberi faedah kepada pengurusan aktiviti pelajar terutamanya di PPHP. Antara faedah penubuhan PPBU adalah seperti berikut:

    1. Membolehkan PPBU menyelaras aktiviti-aktiviti badan uniform yang terdapat di PPHP di bawah satu platform.
    2. Membentuk nilai kepimpinan yang lebih terserlah dalam kalangan pelajar-pelajar kokurikulum badan beruniform.
    3. Bertindak sebagi pengantara antara PPHP dan pelajar bagi menyalurkan segala maklumat yang diperlukan oleh pelajar kokurikulum sama ada beruniform dan tidak beruniform sepanjang semester berjalan.
    4. Membantu PPHP untuk mencari sejumlah pelajar sekiranya diperlukan oleh pihak universiti untuk tujuan-tujuan tertentu. Selain itu, PPBU juga membantu PPHP dalam menjayakan program dan aktiviti yang melibatkan pelajar di PPHP.
    5. Sebagai salah satu kaedah untuk mencungkil bakat ‘Tokoh-tokoh Mahasiswa’ dalam kalangan pelajar di peringkat kebangsaan.

    Kriteria utama pemilihan calon bagi menganggotai PPBU adalah seperti berikut:

    1. Calon merupakan pelajar beruniform yang masih aktif dan belum tamat pengajian di UniSZA.
    2. Calon belum menerima tauliah dalam badan uniform masing-masing.
    3. Calon tidak menyandang apa-apa jawatan tinggi dalam persatuan pelajar utama (Presiden / Timb. Presiden / Setiausaha / Timb. Setiausaha / Bendahari / AJK) dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Majlis Kolej Kediaman (MKK).
    4. Calon memperolehi mata PNGK 2.75 dan ke atas.
    5. Calon hendaklah bebas daripada sebarang tindakan tatatertib universiti.

    Kaedah pemilihan anggota PPBU adalah seperti berikut:

    1. Pemilihan anggota PPBU akan dilakukan pada setiap tahun atau minimum 10 bulan.
    2. Pemilihan dilakukan menerusi kaedah pemilihan umum dalam skuad badan-badan beruniform yang terdapat di UniSZA.
    3. Pemilihan bagi menganggotai PPBU akan dilakukan selepas tamat proses pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam Pilihan Raya Kampus.

    Penamatan awal menjadi anggota PPBU adalah seperti berikut:

    1. Anggota PPBU boleh ditamatkan sekiranya melanggar salah satu kriteria utama yang ditetapkan pada para 4.1.
    2. Anggota PPBU juga boleh ditamatkan sekiranya mereka mohon untuk berundur daripada menganggotai PPBU secara sukarela dan mendapat persetujuan daripada pengarah PPHP.

    .

    2023 cartaPPBU 1

    PPBU Sesi Lepas

    Hubungi Kami

    Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
    Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
    Universiti Sultan Zainal Abidin
    Kampus Gong Badak
    21300 Kuala Nerus
    Terengganu Darul Iman

      09-668 8313
      pphp@unisza.edu.my
    logo3d left40 Tahun UniSZA utama

    Lokasi

    Ikuti Kami