Fasilitator PPHP
Fasilitator PPHP dilantik daripada kalangan pensyarah, anggota badan uniform dan orang awam yang mempunyai tauliah untuk memberi perkongsian tentang kursus kokurikulum kepada pelajar UniSZA.
Kokurikulum
Terdapat lebih daripada kursus kokurikulum yang terdapat di UniSZA. Namun ia ditawarkan berdasarkan permintaan dan keperluan pelajar semasa.
Kelas Kokurikulum
Kelas kokurikulum dijalankan selama 14 minggu dalam semester normal atau 42 jam. Fasilitator dikehendaki untuk memastikan kelas dijalankan pada masa dan waktu yang telah ditetapkan oleh pihak PPHP. Kebiasaannya kelas dijalankan pada setiap hari Rabu dan Sabtu mengikut takwim semasa yang dikeluarkan oleh pihak PPHP.
Elaun
Fasilitator yang berkhidmat di PPHP akan diberikan elaun pengajaran sepanjang mereka memberi sumbangan kepada pelajar UniSZA. Elaun dibayar setiap bulan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UniSZA.
Lantikan Fasilitator
Pemilihan fasilitator akan dibuat berdasarkan perkara berikut:
- Semua dokumen disertakan lengkap.
- Menghadiri kursus Training of Trainers 1 (Persediaan Fasilitator)
- Menghadiri kursus Training of Trainers 2 (Pemantapan Fasilitator)
- Berdasarkan permohonan pelajar pada semester semasa.
Permohonan Fasilitator
Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar PPHP, anda boleh mohon sama ada secara dalam talian atau mengisi Borang Permohonan Fasilitator seterusnya hantar ke pejabat PPHP pada waktu pejabat. Permohonan akan dibuka setahun sekali dan pada kebiasaannya pada Jun setiap tahun.
Kursus kokurikulum ditawarkan pada semester 1 dan semester 2. Anda mungkin terpilih untuk mengajar pada semester 1 atau semester 2 atau pada kedua-dua semester.