PENGECUALIAN KELAS KOKURIKULUM / KRITERIA PEMBERIAN CUTI
Pemberian cuti/ pengecualian kelas hanya diberikan berasaskan kriteria berikut dan menurut budi bicara pegawai yang menyokong dan meluluskan.
PENGECUALIAN BERMULA 2024
Assalamualaikum wmt. wbt dan Salam Sejahtera,
HEBAHAN PENGGUNAAN BORANG PERMOHONAN PENGECUALIAN KULIAH
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa bermula 1 Februari 2024, sebarang permohonan pengecualian kuliah pelajar yang memerlukan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) adalah menggunakan Borang Permohonan Pengecualian Kuliah yang dilampirkan bersama-sama emel ini.
Pemohon perlu melengkapkan borang tersebut dan kepilkan bersama dokumen sokongan. Borang tersebut perlu mendapat pengesahan dan ulasan daripada Dekan/KPTj/Pegawai yang berkenaan sebelum dihantar ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Maswati Mohd Din di talian 668 8984.
Sekian, terima kasih.
--------------------------------------------------------
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
ARAS 4, BANGUNAN CANSELORI
KAMPUS GONG BADAK
21300 KUALA NERUS
TERENGGANU, MALAYSIA
09 666 841430 Januari 2024
KELULUSAN BIASA
- Urusan biasiswa/pinjaman (temuduga & borang perjanjian)
- Berkahwin atau menghadiri perkahwinan keluarga terdekat*.
- Menghantar ahli keluarga terdekat* menunaikan fardu haji.
- Menduduki peperiksaan MUET/SPM Kertas Julai bagi mata pelajaran tertentu/STAM.
- Menghadiri temuduga kerja.
- Kelulusan pengecualian daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik.
- Kelulusan pengecualian daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
- Terpilih bagi mewakili UniSZA ke program/kejohanan luar (sila sertakan surat).
- Arahan daripada Pengurusan PPHP.
*Keluarga terdekat bermaksud : ibu/bapa/datuk/nenek/abang/kakak/adik/penjaga atau ahli keluarga yang tinggal bersama di bawah tanggungan ibu/bapa.
KELULUSAN KES KECEMASAN
- Sakit (sila sertakan salinan sijil cuti sakit semasa mengisi borang permohonan).
- Menziarahi keluarga terdekat* yang sakit tenat atau meninggal dunia.
- Hal kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan seumpamanya.
*Sila isi borang pengecualian kelas kokurikulum setelah pulang ke kampus.
PERMOHONAN
Pelajar perlu mengisi borang permohonan pengecualian kuliah dan hantar ke PPHP pada lima hari bekerja bagi kes biasa.
Permohonan pengecualian yang melibatkan jumlah pelajar kokurikulum yang ramai (lebih daripada 5 orang) perlu mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA). Permohonan boleh dibuat melalui fakulti atau Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat.
Borang boleh didapati pada ruangan Muat turun.
Sila rujuk buku peraturan di sini: Buku Peraturan Akademik Pra-Siswazah UniSZA.
KELULUSAN