- Pelajar dinasihatkan agar berbincang dengan Penasihat Akademik di fakulti masing-masing ataupun dengan Timbalan Pengarah Akademik di Pusat Pembangunan Holistik Pelajar sebelum membuat pendaftaran.
- Pelajar diberi kebebasan untuk memilih mana-mana kursus yang diminatinya berdasarkan penawaran semasa. Pendaftaran bagi kursus tersebut akan diterima tertakluk kepada kekosongan tempat.
- Jika kehadiran pelajar dalam kelas kokurikulum adalah kurang daripada 80% atau tidak hadir selama enam (6) jam tanpa sebab yang diluluskan oleh Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, anda akan diHALANG daripada mengikuti kursus dan mendapat keputusan GAGAL dalam subjek kokurikulum.
- Pelajar tidak dibenarkan menukar kursus yang telah didaftarkan melainkan mendapat kelulusan daripada Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar.
- Pelajar yang telah mendaftar dan lulus kursus sebelumnya tidak dibenarkan mengambil kursus yang sama.
Sila rujuk buku peraturan di sini: Buku Peraturan Akademik Pra-Siswazah UniSZA