Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan?

09-819 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
Kepimpinan PPHP

Aluan Pengarah PPHP

Amanat, aspirasi dan komitmen kepimpinan dalam memperkukuh pembangunan mahasiswa yang holistik, seimbang dan berdaya saing.

PPHP Inspirasi Kepimpinan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah dalam membangunkan potensi mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin secara menyeluruh.

PPHP berperanan penting dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki jati diri yang kukuh, berakhlak mulia, berketerampilan, berdaya kepimpinan serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. Sehubungan itu, pelbagai program pembangunan pelajar, aktiviti kokurikulum, kepimpinan, kesukarelawanan dan pengukuhan sahsiah terus dirancang serta dilaksanakan bagi menyokong aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang holistik dan seimbang.

Setiap sumbangan tenaga, masa dan idea amat bermakna dalam memastikan setiap program yang dilaksanakan memberi impak positif kepada mahasiswa.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga PPHP, rakan strategik, para pensyarah, pegawai serta semua pihak yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan setiap inisiatif pembangunan pelajar.

Kepada para pelajar, saya menyeru agar setiap peluang yang tersedia dimanfaatkan sebaik-baiknya. Libatkan diri secara aktif dalam program universiti, bina keyakinan diri, tingkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan, serta pupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab kepada masyarakat. Pengalaman yang diperoleh sepanjang berada di universiti akan menjadi bekalan penting dalam membentuk masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga PPHP terus menjadi pemangkin kepada pembangunan mahasiswa yang unggul, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa serta negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, memperkukuh komitmen dan meneruskan usaha dengan penuh keikhlasan demi kecemerlangan UniSZA.

Sekian, wassalam.

“ILMU DEMI FAEDAH INSAN”

Akila

KAPT. DR. AKILA BIN MAMAT

Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left

Lokasi

Ikuti Kami