Pemantauan KKB
SKOP TUGASAN UMUM PEMANTAU / PEGAWAI PENGIRING (STAF PPHP SAHAJA)
Pemantau atau Pegawai Pengiring Ketika Melakukan Pemantauan Aktiviti/Kelas/Program perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara, antaranya adalah:
- Mengisi borang pemantauan atas talian.
- Mengambil gambar aktiviti/program yang dijalankan.
- Memuat naik ke dalam Facebook rasmi PPHP. (Nama program, lokasi, kokurikulum terlibat, tarikh dan jumlah pelajar).
- Facebook rasmi PPHP (Klik di sini)
PEMANTAU KELAS
- Kenal pasti kelas yang hendak dipantau atau yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
- Mengisi maklumat dalam borang pemantauan kelas atas talian. (Klik di sini)
- Mengambil gambar (jika perlu).
PEMANTAU AKTIVITI / PROGRAM
- Kenal pasti aktiviti / program yang telah ditugaskan.
- Mengisi borang pemantauan aktiviti / program / projek atas talian. (Klik di sini)
- Mengambil gambar dan merakam video perjalanan aktiviti / program / projek.
- Memuat naik ke dalam Facebook rasmi PPHP. (Nama program, lokasi, kokurikulum terlibat, tarikh dan jumlah pelajar). (Klik di sini)
PEMANTAU PROJEK AKHIR
SEBELUM
- Kenal pasti projek akhir yang perlu dipantau.
- Mencetak borang Penilaian Komuniti.
- Mencetak borang Kehadiran Program / Aktiviti / Projek
- Skala Pemarkahan bagi Pemantau (Klik di sini).
SEMASA
- Mengenal pasti minimum tiga (3) orang daripada ahli komuniti untuk mengisi borang Penilaian Komuniti serta taklimat ringkas kepada mereka yang terpilih.
- Meminta pelajar mengisi borang Kehadiran Program / Aktiviti / Projek.
- Memberi markah kepada pelajar berdasarkan skala markah yang telah ditetapkan.
- Mengambil gambar dan merakam video semasa aktiviti dijalankan.
- Simpan kedua-dua borang untuk dibawa balik ke Pejabat.
SELEPAS
- Membuat kiraan markah daripada borang penilaian komuniti.
- Membuat kiraan markah daripada borang Kehadiran Program / Aktiviti / Projek.
- Membuat satu (1) salinan bagi setiap borang untuk simpanan PPHP.
- Mengembalikan kedua-dua borang kepada fasilitator untuk rekod pemarkahan pelajar.
Terima kasih.