Print

Majlis Pemakaian Pangkat PALAPES Udara UniSZA

16 Okt 2017 - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet PALAPES Udara UniSZA yang telah berlangsung pada 14 Okt 2017 dan disempurnakan oleh Pegawai Kehormat, Mejar (K) Ahmad Termizi bin Abdul Aziz PSSTUDM serta Leftenan Nazry bin Moh Alladin TUDM Ajutan Unit PALAPES Udara UniSZA. 

Seramai 41 Pegawai Kadet dari peringkat senior, dan 47 Pegawai Kadet dari peringkat intermediate telah di raikan dalam majlis ini. 

Tahniah juga di ucapkan kepada 13 anggota yang telah dipilih untuk dinaikkan pangkat. Seorang Pegawai Rendah Kanan (PRK), Pegawai Rendah Muda (PRM), lima orang Sarjan masing-masing dari peringkat senior, seorang Sarjan, dan lima Koperal dari peringkat intermediate.

Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat menarik minat lebih ramai pelajar khususnya pelajar UniSZA untuk menyertai unit badan beruniform.

|| Galeri ||