Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Taklimat Keselamatan UniSZA Kem Merang

  1. Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA mengucapkan selamat datang kepada tuan/puan yang sudi memilih UniSZA Kem Merang sebagai tapak perkhemahan ( Program : __________ ).
  2. Taklimat Keselamatan ini berdasarkan Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Seterusnya pengenalan kepada kawasan persekitaran kem ini:
    1. Kawasan Tapak Perkhemahan - kapasiti 400 peserta;
    2. Tempat Penginapan - Chalet/ Dorm/ Khemah / dll;
    3. Kawasan Aktiviti Air - Lagoon/ Aktiviti kayak/ Water confident;
    4. Tempat Pembelajaran - Dewan terbuka dan kawasan tapak Fire Area dan mini halangan;
    5. Tempat makan / Dapur basah / Tempat makan VIP.
  3. Setiap penyertaan peserta mestilah dengan kerelaan diri sendiri dan mendapat kebenaran dan kelulusan mana-mana institusi Pendidikan bagi Universiti / Sekolah dan majikan bagi Sektor Awam.
  4. Peserta dikehendaki memakai pakaian yang lengkap dan sopan serta sesuai dengan aktiviti yang dijalankan dan sentiasa berkasut sepanjang masa kecuali semasa aktiviti air dan solat.
  5. Setiap peserta dikehendaki sentiasa berada di dalam kawasan kem sepanjang perkhemahan berlaku dan tidak dibenarkan meninggalkan kem tanpa kebenaran.
  6. Peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan larangan yang telah ditetapkan oleh pihak Kem dan Jawatan Kuasa Pelaksana yang telah dilantik.
  7. Semasa perkhemahan, semua peserta dikehendaki menjalinkan silaturahim, saling kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
  8. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program yang diatur mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  9. Menjaga segala peralatan yang disediakan dengan baik, dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan dari tempat asal.
  10. Dilarang membuang sampah merata-rata dan sentiasa menjaga kebersihan diri, tapak perkhemahan, kawasan pembelajaran, tandas dan semua tempat-tempat menjalankan aktiviti.
  11. Taklimat kebakaran : Sekiranya berlaku kebakaran di mana-mana di dalam kawasan kem, langkah pertama adalah memaklumkan kebakaran di mana berlaku, cuba padamkan sekiranya api kecil dan sekiranya api besar, hubungi talian 999. Maklumkan kepada pengawal yang bertugas, sila berkumpul di tempat yang selamat.
  12. Keselamatan di Air : Semua peserta dikehendaki mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan di air. Mematuhi arahan jurulatih yang bertugas dan peserta perlu sentiasa memakai jaket keselamatan di dalam air. Jurulatih dan peserta perlu memastikan semua peralatan seperti life jacket dan kayak dibersihkan dan disimpan.
  13. Peraturan keselamatan di dalam hutan semasa program Jungle Trekking atau Night Walk, pastikan peserta memakai pakaian yang bersesuaian di dalam hutan seperti berkasut dan pakaian lengkap dan selesa. Sekiranya peserta terputus hubungan antara peserta lain dan jurulatih, pastikan tunggu dan berada di situ sehingga bantuan tiba.
  14. Langkah keselamatan Cuaca Buruk : Semua peserta dikehendaki keluar dari tapak perkhemahan andainya berlaku angin kencang, ribut dan gempa bumi. Berkumpul di dewan terbuka / padang kawad dan memastikan khemah ditutup. Sekiranya berlaku bencana di atas, sila berkumpul di tempat berkumpul.

|| Muat Turun ||

 

 
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami