Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUAR 2023

24 KADET KOR SUAR UNISZA TAMAT LATIHAN, DITAULIAH SEBAGAI PEGAWAI INTEGRITI MUDA
 
Kuala Terengganu, 14 Okt - Seramai 24 Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (KOR SUAR) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditauliahkan sebagai kumpulan pertama Pegawai Integriti Muda (YIO), sekali gus menjadi ikon anak muda berintegriti dalam membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebar luas mesej antirasuah.
Pentauliahan kepada 24 Kadet Kor SUAR UniSZA ini telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki pada Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Integriti Muda Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah Universiti Sultan Zainal Abidin Kohort 1/2023 yang diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, di sini hari ini.
Tan Sri Dato' Sri Azam dalam ucapan perasmiannya berkata, Pentauliahan kadet UniSZA sebagai YIO oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) di negara ini menjadi pemangkin kepada penubuhan dan penawaran Kursus Berkredit Kor SUAR di institusi pengajian tinggi (IPT) lain.
"Kursus ini bermatlamat melahirkan graduan yang berintegriti tinggi dengan mempunyai pengetahuan dalam pencegahan rasuah serta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dengan memulakan aktiviti penyampaian mesej antirasuah.
"Pendedahan terhadap nilai jati diri dan integriti merupakan intipati asas dalam kandungan kursus di mana pada akhir kursus ini, pelajar dapat memahami tanggungjawab SPRM dalam usaha membendung jenayah rasuah di semua peringkat," katanya.
Tan Sri Dato' Sri Azam turut menyatakan harapan kepada kesemua kadet Kor SUAR agar dapat membuktikan bahawa anugerah YIO yang diterima mereka sememangnya layak diberikan di mana peranan pencegahan rasuah mesti digerakkan serta dijayakan bersama oleh rakan strategik SPRM termasuk pihak universiti.
Pada majlis ini, kadet Ahmad Amirul Mukhlis Mohd Buhairi telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Kadet Keseluruhan Terbaik Kor SUAR, manakala kadet Nur Athirah Mohamad Zuki telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik Kor SUAR dan kadet Nur Fahimah Mohd Shukri Bala Sudaran diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Kor SUAR.
Turut diadakan juga sesi penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat Kor SUAR UniSZA di mana Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas dilantik sebagai Penolong Pesuruhanjaya Kehormat merangkap Komandan Kor; En. Mohd Fuad Husaini dilantik sebagai Penguasa Kanan Kehormat merangkap Timbalan Komandan Kor; En. Mohd Tarmizan Ibrahim (Penguasa Kehormat/Pegawai Latihan Luar Kor); Pn. Majedah Mokhtar (Penguasa Kehormat/Pegawai Akedemik Kor) dan En. Mohd Faizal Ibrahim (Penguasa Kehormat/Kem Komandan Kor).
Turut hadir Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA, Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff; Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA); Dato' Haji Idris Zaharudin; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM, TPj Nazli Rasyid Sulong dan Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Hazrul Shazreen Abd Yazid.
 
 
 

#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

 
 1 222    22
     
 33    44
     
 55    23 tauliah kor suar1
     
 23 tauliah kor suar2    23 tauliah kor suar3
     
 23 tauliah kor suar4    23 tauliah kor suar5
     
 23 tauliah kor suar6   23 tauliah kor suar7 
     
23 tauliah kor suar8   23 tauliah kor suar9
     
23 tauliah kor suar10   23 tauliah kor suar11
     
23 tauliah kor suar12    
     
 
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami