Print

Sedekad Bersama, School Attack

Pada 18 November 2017 yang lalu, Kokurikulum Kor Fotografi telah pun melancarkan satu projek “Program Sedekad UniSZA Scholl Attack” bersama komuniti sekitar, iaitu bertempat di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin atau SMAAZA. Dianggarkan bilangan peserta yang terlibat seramai 60 orang ahli Kor Fotografi, 70 orang pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAAZA). Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni & Jaringan Komuniti Kampus Perubatan, Dr. Wan Mohd Razin Bin. Wan Hassan.

Program tersebut dapat disempurnakan dengan bantuan dan kerjasama daripada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEPA), Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dan SM Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAAZA).

Pengisian program tidak hanya tertumpu pada permainan dan pertandingan semata-mata, program tersebut turut diisi dengan ceramah ilmiah seperti pendedahan asas kemahiran foto grafi dan ilmu asas perubatan. Pelajar juga sekaligus dapat mempraktikkan kemahiran kerja dalam kumpulan, kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran sebagai pemimpin, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran etika profesional.

Pelajar juga dapat meaplikasikan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat serta kemahiran mengurus sesebuah projek. Projek tersebut memberi impak yang besar kepada para pelajar dan juga komuniti setempat dengan memberi peluang kepda pelajar dan komuniti menambahkan ilmu pengetahuan dengan melakukan penerokaan terhadap ilmu dalam melaksanakan tugas semampu mungkin disamping mengeratkian hubungan antara mereka.