Print

Plapes Udara V (F.A.C.E UniSZA 2017)

Pada 9 November 2017, PALAPES Udara UniSZA telah melaksanakan satu program “Family Airforce And Community Everlasting, FACE UniSZA 2017” dengan kerjasama Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari, sekalugus adalah untuk merealisasikan salah satu objektif UniSZA sebagai sebuah Universiti Komuniti. Program tersebut dirasmikan oleh En. Ibrahim Bin Mat Akil, Pengetua SMK Gabang.

Program ini melibatkan seramai 39 anggota PALAPES Udara daripada peringkat senior, 200 orang pelajar SMK Gambang serta penduduk Kampung Sri Fajar, Pahang. Aktiviti yang dilaksanakan adalah gotong-royong membersihkan padang, kawasan masjid, kubur, dan kawasan sekitar Taska Sri Fajar.

Futsal juga adalah salah satu aktiviti yang dijalankan selain daripada Amali Penyembelihan yang dilakukan oleh Ustaz Arif wakil daripada Veterinar Gambang bagi memupuk semangat keberanian serta minda yang cergas dan banyak lagi aktiviti yang dilaksanakan seperti sukaneka, pertandinga  mewarna di bawah umur 6 tahun.

Majlis penutup dijalankan oleh Encik Sahar Bin Abdullah. Menurut maklum balas yang diterima oleh peserta, rata-rata peserta berpuas hati dengan kerjasama dan komunikasi dua hala yang ditunjukkan oleh Pegawai Kadet Junior dan mereka juga tidak akan melepaskan peluang seandainya diberikan peluang pada masa yang akan datang.

|| Galeri ||