Print

Fun Sharing

25 November 2017, satu program telah dianjurkan oleh Kokurikulum Alat Muzik Moden UniSZA iaitu program “Fun Sharing”. Program inibertempat di Medan Selera UniSZA. Program tersebut melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SMKKGB). Perasmian pembukaan bagi program ‘Fun Sharing’ ini telah disempurnakan oleh saudara Muhammad Naim Safwan Bin Mohd Rosli selaku pengarah program, dan perasmian penutup oleh Encik Nizam, wakil Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP).

Program yang diadakan selama satu hari merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kokurikulum Alat Muzik Moden UniSZA A & B dibawah kerjasama PPHP bagi melengkapkan tugasan projek akhir. Program ini melibatkan  seramai 69 orang ahli Kor Alat Muzik Moden dan 120 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.

Objektif utama program “Fun Sharing” adalah melengkapkan tugas-tugas lebih awal daripada jadual dengan mewujudkan pelan dan jadual waktu untuk menyiapkan tugasan dalam kertas cadangan projek, membina hubungan baik dengan semua pihak yang terlibat dalam projek yang dijalankan, menyampaikan kandungan projek dengan jelas, dapat memberi pendedahan tentang kehidupan sebagai seorang pelajar universiti kepada pelajar-pelajar  SMK Kompleks Gong Badak, dan membentuk pelajar Unisza khususnya Kokurikulum Alat Muzik Moden agar dapat membudayakan nilai integriti yang amat diperlukan dalam masyarakat hari ini.

Aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, ceramah dari wakil MPP, Ice breaking, Sukaneka (bola beracun), Klinik Busker, Dare to Try, Kuiz, Super Spontan dan persembahan daripada ahli Kor Muzik Moden dan persembahan gamelan daripada pelajar Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak.

Diharapkan dengan penganjuran “Fun Sharing” ini dapat memberi pengalaman kepada para peserta di samping menambah baik kemahiran insaniah dalam diri pelajar serta dapat memberi imej UniSZA yang positif kepada masyarakat luar.