Print

Asean Outreach C.S.R Programme

Pada 1 hingga 7 Februari 2018 yang lalu, seramai 21 orang pelajar Badan Beruniform Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) serta 4 orang pelajar SK Gong Badak telah menyertai ASEAN Outreach Corporate Social Responsibility (CSR) Programme 2018 yang bertempat di Aceh, Indonesia anjuran Pusat Pembangunan Holistik Pelajar dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniSZA. Program tersebut telah mendapat kerjasama Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH), Banda Aceh, Gerakan PRAMUKA UNSYIAH, serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Cawangan Aceh dan telah dirasmikan oleh Dr. Ir. Alfiansyah Yulianur BC, Naib Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Syiah Kuala.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut termasuklah persidangan meja bulat, sesi dialog, sukaneka, permainan kuiz, serta program ‘Jalinan Kasih Di Pondok Yatim An-Nur, Banda Aceh’yang melibatkan aktiviti gotong-royong perdana serta pemberian sumbangan berbentuk peralatan serta wang tunai kepada anak-anak Pondok Yatim An-Nur. Secara keseluruhannya, ‘ASEAN Outreach Corporate Social Responsibility (CSR) Programme 2018’ ini telah berlangsung dengan jayanya kerana telah dapat memupuk sikap bertanggungjawab, bekerjasama, berdaya saing dan sukarela dalam diri para mahasiswa. Program ini diharapkan telah dapat memberi impak yang besar kepada semua peserta untuk melahirkan mahasiswa yang berdaya saing pada peringkat global selaras dengan aspirasi UniSZA iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

|| Galeri ||