Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8313

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)

28 Mac 2024 - Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) kepada wakil pelajar kelas kokurikulum Semester II Sesi 2023/2024.
Kursus ini dibuat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar kokurikukum berkenaan Prosedur Akademik Kelas Kokurikulum, Prosedur Menjalankan Aktiviti, Prosedur Penulisan Surat Menyurat, Prosedur Kewangan serta Pengisian Sistem Profiling Pelajar sebelum pelajar-pelajar menjalankan aktiviti wajib yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Universiti.
Slot pertama pelajar telah diberi taklimat berkenaan pengurusan Akademik Kokurikulum yang perlu dipatuhi oleh pelajar sebelum, semasa dan selepas perjalanan kelas kokurikulum. Slot ini telah disampaikan oleh En. Tarmizan bin Ibrahim, Penyelaras Kokurikulum Kampus Besut.
Slot kedua pula telah diisi dengan taklimat berkenaan aktiviti kokurikulum yang bakal dilaksanakan oleh pelajar yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah kemahiran Insaniah yang perlu ada dalam setiap aktiviti yg akan dilaksanakan oleh pelajar. Slot ini telah disampaikan oleh En. Hasbullah bin Ismail Timbalan Pengarah Kemahiran Insaniah.
Bagi slot ketiga, pelajar telah didedahkan berkenaan prosedur penulisan surat menyurat serta prosedur kewangan bagi memudahkan pelajar membuat surat menyurat serta membuat proses pembelian mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Slot ketiga ini pula telah disampaikan oleh En. Azizzi bin Mohd Jusoh, Penolong Pendaftar PPHP.
Slot terakhir pula telah diisi oleh Dr. Mohamad Nur Fuadi bin Pargi, Penyelaras Badan Beruniform dan Jaminan Kualiti yang menerangkan tentang cara-cara mengisi borang permohonan peruntukan melalui sistem profiling pelajar (SPP). Selain daripada penerangan tentang SPP, pelajar juga diingatkan tentang penghantaran laporan, berita dan gambar selepas aktiviti dijalankan.
Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Organisasi ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Kapten Dr. Akila bin Mamat.
Semoga apa yang disampaikan dalam kursus KPO ini akan diadaptasikan oleh pelajar-pelajar dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan nanti.

#UniSZApastitahu
#IlmuDemiFaedahInsan
#ProudlyUniSZA
#MalaysiaMadani

 
 
 photo 2023 12 13 19 43 55   photo 2023 12 13 19 49 44 
     
 photo 2023 12 13 19 20 42    photo 2023 12 13 19 37 06
 
 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Pej. Timb. Naib Canselor HEPA & Alumni
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8313
  pphp@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

Ikuti Kami