Print

Tamat Latihan Kor SISKOR

Seramai 24 mahasiswi KOR SISKOR Universiti Sultan Zainal Abidin telah menyertai Majlis Perbarisan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan KOR SISKOR peringkat kebangsaan bertempat di Maktab Penjara Kajang yang berlangsung daripada 31 Ogos - 8 September 2018.

Program ini telah juga disertai Bersama Universiti Utara Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.

Selain daripada bertujuan untuk menyampaikan watikah perlantikan sebagai Inspektor Penjara kepada semua kadet KOR SISKOR, pelbagai pertandingan antara Universiti telah diadaken, dan berikut adalah keputusan penuh :-

1. KOR SISKOR UniSZA dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN.
2. Pertandingan Kawad, UniSZA merangkul anugerah JOHAN.
3. Pertandingan Seni Pertahanan Tangkas Penjara (Sentap), UniSZA mendapat NAIB JOHAN.
4. Anugerah Kepimpinan Kadet Siskor dirangkul oleh Nur Jannah Yusof daripada UniSZA.
4. Nur Jannah Yusof juga diberi penghormatan sebagai Ketua Detasemen Bravo.
5. Bagi pegawai kehormat pula, En Salman Lambak daripada PPHP dianugerahkan pangkat kehormat Penguasa Penjara, manakala Puan Nur Khairani Abd Rawi juga daripada PPHP dianugerahkan pangkat kehormat Timbalan Penguasa Penjara di atas sumbangan penting kepada perkembangan Kor Siskor di UniSZA khususnya dan universiti awam umumnya.
6. Pertandingan Menembak Colt:-
- Kumpulan : UniSZA tempat ketiga
- Individu : UniSZA tempat ketiga Zulyana Fitri Bt Zuhairy
7. Seramai 24 serikandi kesemuanya KOR SISKOR UniSZA telah menamatkan latihan selama 4 tahun dan dianugerahkan pangkat Inspektor Penjara.
Tahniah diucapkan kepada semua atas kejayaan mengharumkan nama Universiti Sultan Zainal Abidin.