Articles

Print

Permohonan Aktiviti Online

PERATURAN PENTING PENGISIAN PERMOHONAN AKTIVITI SECARA ONLINE

Semua pelajar yang ingin memohon mengadakan aktiviti kokurikulum DIWAJIBKAN mengisi permohonan secara atas talian (online) melalui salah satu daripada kaedah berikut:

  1. samada mengisi secara online di laman ONEDRIVE PPHP, atau
  2. memuat turun borang terkini daripada laman web PPHP

 KAEDAH PERTAMA : MENGISI SECARA ONLINE DI LAMAN ONEDRIVE PPHP

  1. Anda / Pelajar boleh mengakses borang permohonan di pautan ini (sila klik di sini)
  2. Sebaik sahaja borang tersebut dipaparkan, sila klik menu FILE => SAVE AS => SAVE A COPY ONLINE
  3. Sila simpan (SAVE) menggunakan nama kursus kokurikulum semasa yang sedang diikuti, contoh: KOR PALAPES UDARA III
  4. Kekalkan lokasi fail tersebut di folder Salman Lambak 99 - Permohonan Aktiviti Online
  5. Klik SAVE
  6. Anda boleh mula mengisi borang secara online
  7. Maklumat yang diisi akan sentiasa disimpan / kemaskini secara automatik
  8. Setelah selesai, sila klik menu FILE => SAVE AS => DOWNLOAD A COPY
  9. JANGAN pilih menu SAVE AS => DOWNLOAD AS ODS kerana fail ini akan rosak (corrupted)
  10. Anda boleh pilih untuk muat turun di mana-mana folder komputer anda
  11. Langkah terakhir adalah anda perlu mencetak borang yang telah lengkap diisi sebanyak 1 salinan
  12. Sila tandatangan (setiausaha dan pengarah program) dan hantar borang bercetak tersebut ke pejabat Pusat Pembangunan Holistik dengan kadar segera untuk sesi pembentangan dan memohon kelulusan

 


 KAEDAH KEDUA : MUAT TURUN BORANG TERKINI DARIPADA LAMAN WEB PPHP

  1. Anda / pelajar boleh memuat turun borang daripada laman web PPHP di pautan ini (sila klik di sini) 
  2. Setelah selesai memuat turun, anda boleh mula mengisi borang permohonan sehingga lengkap
  3. Simpan (SAVE) fail tersebut menggunakan nama kursus kokurikulum semasa yang sedang diikuti, contoh: KOR PALAPES UDARA III
  4. Email satu salinan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  5. Cetak borang dan sila tandatangan (setiausaha dan pengarah program)
  6. Hantar borang bercetak ke pejabat Pusat Pembangunan Holistik Pelajar dengan kadar segera untuk sesi pembentangan dan memohon kelulusan