Print

MUTIARA KATA PERMATA BICARA

PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR UniSZA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan jujur, ikhlas  dan  penuh  amanah.  Sesungguhnya  tahun  2022  merupakan  satu  lembaran  baru  dan sangat  dinanti-nantikan  oleh  semua  warga  Pusat  Pembangunan  Holistik  Pelajar  (PPHP)  yang memainkan  peranan  utama  dalam  perkembangan  dan  pembangunan  kemahiran  insaniah  para pelajar  Universiti  Sultan  Zainal  Abidin  (UniSZA).  Sementelah  lagi,  kita  masih  menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam menangani ancaman pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021.

Di  kesempatan  ini,  saya  ingin  merakamkan  ucapan  tahniah  dan  terima  kasih  yang  tidak terhingga  kepada  warga  PPHP  atas  komitmen  dan  kerjasama  yang  amat  tinggi  dalam  usaha melahirkan  para  pelajar  UniSZA  yang  holistik  dan  seimbang  dari  segi  intelek,  emosi,  rohani, fizikal dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan matlamat utama  pendidikan  negara  berteraskan  pegangan  teguh  dan  kepercayaan  kepada  tuhan. Sesungguhnya  era  pandemik  benar-benar  menguji  kita  selama  ini.  Walau  bagaimanapun, alhamdulillah berkat usaha dan komitmen semua kita berjaya melaluinya.

Akhir kata, semoga segala usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dengan lebih bersemangat lagi  dan  menjadi  batu  loncatan  kepada  kita  semua  untuk  mencapai  misi  UniSZA  dalam melahirkan  insan  holistik  dengan  nilai-nilai  naseem  melalui  pendidikan  cemerlang  dan penyelidikan berimpak tinggi dalam memperkasakan masyarakat.

Sekian, wassalam.

 
Pengarah
Pusat Pembangunan Holistik Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin