Print

Pengenalan

Kami mula beroperasi pada 12 Januari 2007 dengan nama asal Pusat Kokurikulum dan mula menawarkan kursus kokurikulum sejak Jun 2007. Pada tahun 2013, nama pusat kami telah bertukar kepada Pusat Pembangunan Holistik Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hasil cetusan idea oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Yahya Bin Ibrahim, Naib Canselor ke-2 UniSZA, sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi fizikal dan spiritual. Kursus-kursus yang kami tawarkan mendapat pengiktirafan sebagai kursus akademik berkredit dan menjadi salah satu syarat kelayakan bergraduat.

Pada peringkat operasi, Pusat kami diletakkan di bawah pentadbiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) di bangunan pentadbiran HEPA. Di samping mempunyai ruang pejabat, ruang perbincangan pelajar dan stor satelit, kami juga memiliki dua kem rekreasi di Kem Merang dan juga di Tasik Kenyir, di samping sedang membangunkan kem baharu di kampus Besut.
 
 
 
 
Kesemua kursus yang kami tawarkan adalah setaraf dengan kursus-kursus akademik lain di fakulti, demi untuk memberikan nilai tambah ilmu sebaik mungkin kepada anda sebagai pelajar. Kami juga sentiasa berusaha memastikan keperluan dan kemudahan bagi pembelajaran kokurikulum disediakan dengan teratur dan mencukupi mengikut bidang yang diminati oleh anda.
 
Sepanjang tempoh ini pelbagai pengalaman dan cabaran telah ditempuhi oleh kami. Banyak aktiviti dan pembaharuan telah dirancang dari masa ke semasa dan kegiatan kokurikulum pula semakin bertambah mengikut pertambahan jumlah pelajar serta kecenderungan minat anda. Kami akan terus berusaha memastikan bakat anda, bakal pelapis masa hadapan, dibangunkan sebaiknya.