Print

Objektif

  1. Memberi peluang yang seluas-luasnya kepada anda untuk melibatkan diri dalam kegiatan sosio-budaya mengikut pilihan anda berlandaskan minat dan keupayaan masing-masing.
  2. Menerapkan kemahiran insaniah melalui pembelajaran mata pelajaran kokurikulum yang menjurus kepada pembinaan modal insan yang terbaik.
  3. Memberi peluang pendedahan kepada anda mengenai isu-isu penting berkaitan dengan pembangunan negara melalui kegiatan-kegiatan khidmat masyarakat
  4. Mencungkil dan membangunkan bakat anda di dalam bidang sukan dan kebudayaan.
  5. Memperkukuhkan nilai-nilai murni dan integrasi kaum melalui latihan dan pembelajaran dalam kumpulan.