Print

Pengendalian Kursus Kokurikulum Berkredit

PENDAFTARAN KURSUS
  1. Penawaran kursus kokurikulum adalah terbuka kepada semua pelajar berdaftar UniSZA.
  2. Pelajar yang akan menyertai kegiatan kokurikulum hendaklah mendaftar secara atas talian (on-line) melalui Sistem Portal Pelajar dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh pihak Pusat Pembangunan Holisik Pelajar untuk mendapat pilihan kursus yang dikehendaki.Pemilihan kursus ini tertakluk kepada penawaran kursus dan kuota yang ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Holisik Pelajar bagi semester pengajian berkenaan.
  3. Untuk mendaftar dan mengikuti sesuatu kursus kokurikulum, pelajar mestilah memenuhi semua keperluan atau syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Holisik Pelajar.
  4. Jumlah jam kredit yang diwajibkan bagi pelajar UniSZA untuk mengikuti dengan jayanya atau sekurang-kurangnya lulus dan syarat bergraduat adalah seperti berikut :
    • Pelajar ljazah Pertama -3 jam kredit/semester.
    • Pelajar Diploma - 3 jam kredit/semester.
  5. Pelajar boleh memohon (dengan syarat membuat permohonan kepada Pusat Pembangunan Holisik Pelajar selewatnya pada minggu kedua semester berkenaan) untuk mengambil lebihan kredit bagi sebarang kegiatan kokurikulum namun lebihan mata jam kredit tidak akan dikira bagi tujuan pengijazahan.
  6. Pelajar dibenarkan mengambil mana-mana kursus kokurikulum pada semester berkenaan untuk mencukupkan jumlah jam kredit kokurikulum bagi program pengajian masing-masing KECUALI bagi kursus kokurikulum berpakej. Pilihan mahasiswa adalah tertakluk kepada prasyarat bagi kursus-kursus lanjutan tertentu seperti Pasukan Pakaian Beruniform Bersenjata.
  7. Kursus Kokurikulum Berpakej :
    1. Mewajibkan pelajar yang berminat mengikutinya untuk mendaftar dan mengikuti kursus berkenaan bermula pada semester pertama (1) pengajian. Pelajar perlu berdaftar sebanyak enam (6) jam kredit yang dinilai satu jam kredit bagi setiap semester selama enam semester. Semester satu (1), dua (2) dan tiga (3) adalah jam kredit kelayakan bergraduat manakala semester empat (4), lima (5) dan enam (6) adalah merupakan syarat pentaulihan.
       
      KOKURIKULUM BERPAKEJ
      JUMLAH JAM
      DILAKSANAKAN PADA
      Syarat Pengijazahan
      3 jam kredit
      Semester I, II, III
      Syarat Pentauliahan
      Tambahan 3 jam kredit
      Semester IV, V, VI
      *Penilaian nilai gred dalam transkrip akademik selama 3 semester
       
    2. Sebarang penarikan diri atau tidak melengkapkan kursus kokurikulum berpakej sebanyak 3 jam kredit akan menyebabkan gred bagi kursus kokurikulun berpakej yang telah diambil digugurkan dan pelajar mestilah memulakan kiraan jam kredit kokurikulum pada kiraan sifar (0).
  8. Sekiranya pelajargagal mana-mana kursus kokurikulum (kecuali kursus berpakej), pelajar boleh menebusnya dengan mengulang kursus yang sama atau menggantikan kursus tersebut dengan kursus kokurikulum yang lain.
  9. Sebarang permohonan untukgugur/tambah kursus kokurikulum hendaklah dilakukan semasa minggu gugur/tambah kursus yang ditetapkan oleh pihak universiti dan borang berkenaan hendaklah dihantar sendiri ke Pusat Pembangunan Holistik Pelajar untuk pertimbangan.
  10. Pusat Pembangunan Holistik Pelajar akan membuat pemberitahuan dari masa ke semasa jika berlaku sebarang pindaan atau perubahan ke atas pengendalian dan penawaran kursus-kursus kokurikulum.
 
MASA PERTEMUAN
Masa pertemuan bagi kursus kokurikulum adalah pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang.Ia dijalankan secara teori dan amali selama 3 jam setiap minggu selama 14 minggu.
 
HARI KULIAH
MINGGU
JAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
 SYARAT KURSUS
Sabtu
14 Minggu
Ijazah : 3 jam kontak / minggu
Diploma: 3 jam kontak/ minggu
*Perlumenganjurkan program