Print

Pengecualian Kredit

  1. Lulusan IPT Awam layak memohon untuk mendapatkan pengecualian kredit bagi semua mata pelajaran kokurikulum yang telah diperoleh tertakluk kepada Peraturan Pengecualian Kredit Universiti dan kelulusan pihak berkenaan.
  2. Pengecualian kredit bagi lulusan daripada institusi pengajian awam selain UniSZA hanya diberi bagi mata pelajaran kokurikulum yang membawa kredit dan gred yang diiktiraf setaraf oleh Senat Universiti.
  3. Permohonan untuk mendapatkan pengecualian kredit mesti dibuat dalam semester pertama pengajian.
  4. Peringatan dikeluarkan semasa pelajar membuat pendaftaran secara atas talian (online).